Sunday 1 November 2015

Be like the coffee beans

Be like the Coffee Beans


Be like the Coffe Bean 1

Dalam hidup ini kita sering diuji dengan berbagai ujian dan dugaan.Ada kalanya kita tidak sanggup untuk menghadapinya hinggakan kita merasa sungguh lelah dan penat untuk semua ujian tersebut. kerapkali kita merasakan bahawa kenapa hanya kita yang harus diuji. Kenapa semua ujian itu hanya kita yang melaluinya. Percayalah bahawa, walau sepahit manapun ujian itu, kiita patut sedar bahawa semua itu terkandung hikmah di sebaliknya. 

Lihatlah ujian allah dari sudut pandangan positif

Teringat daku pada sebuah kisah yang berlaku pada diriku suatu masa dahulu. Secara peribadinya daku berasa sangat bernasib baik kerana disepanjang hidup ini terdapat satu pengalaman ngeri yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pada tanggal 24 April 2009 diriku telah menjalani pembedahan potong tulang belakang. Pembedahan tersebut terpaksa dijalankan memandangkan pada masa itu diriku telah lumpuh dan tidak boleh berjalan. Pada awalnya aku ingatkan hanya penyakit biasa, dan hanya menjalani rawatan kampung dan islamik sahaja. Namun, keadaan menjadi bertambah serius apabila diriku seolah-olah koma dan tidak mampu bergerak lagi. Banyak juga duit habis demi untuk mengembalikan kesihatanku. setiap hari doktor memberi mc dan cuti hinggalah pada suatu hari diriku dimarah oleh seorang doktor yang pada ketika itu merawatku. Doktor tersebut tidak mahu memberi mc kepadaku walhal pada ketika itu aku sudah tidak mampu berjalan lagi. Diriku berasa sangat sedih dan risau memikirkan bagaimana untuk bekerja sekiranya keadaan menjadi lebih teruk.

        Allah lebih berkuasa, daku teringat pada seorang kenalan yang boleh dikatakan rapat dan ku anggap seperti kakak bagi diriku. Lantas aku menelefonnya dan menceritakan masalahku kepadanya.Beliau adalah Dr Rasimah Ismail, yang merupakan penyelaras bagi Kelab Doktor Muda sekolahku.  Syukur alhamdulillah, petang itu juga aku berjumpanya dan memberikanku surat untuk dibawa ke hospital. Tanpa  membuang masa aku dan suami terus ke hospital dengan membawa surat tersebut.Doktor yang merawatku pada ketika itu terkejut dan terus menahanku.Rawatan demi rawatan diberikan hinggalah kepada rawatan MRI. Hanya tuhan yang tahu bertapa azab dan siksanya pabila menjalani rawatan MRI tersebut. Dalam keadaan diriku tidak berdaya, aku diletakkan hampir dua jam di dalam terowong yang sempit umpama keranda. panas dan tidak selesa. Lebih azab lagi apabila sebarang pergerakan tidak boleh berlaku hinggalah ke tahap teguk air liur juga tidak dibenarkan ketika rawatan ini. Pelbagai perasaan dan rasa ku hadapi dengan penuh tabah dan sabar. Apa yang ku fikir ketika itu hanyalah kekuasaanmu ya allah. Jika dikau ingin menarik nyawaku di ketika itu juga,aku redho ya allah.

         Doktor mengesahkan bahawa terdapat satu ketumbuhan dalam tulang belakangku. Benda tersebut adalah punca aku menjadi lumpuh. Akhirnya, aku terpaksa menjalani rawatan dipotong tulang belakang dan saraf tunjangku juga turut dipotong. Doktor mengesahkan bahawa pembedahanku memakan masa selama 6 jam. Ketumbuhan tersebut berjaya dikeluarkan dan di bawa ke makmal untuk dikaji.Doktor mengesahkan rupa-rupanya ketumbuhan tersebut adalah Spinal Cord Meningioma yang telah ada dalam tulang belakangku sejak aku masih bayi lagi. Pabila sedar, aku meraung kesakitan dan hanya allah yang tahu bertapa sakitnya kesan pembedahan tersebut. Syukur padamu ya allah, aku dapat berjalan semula. Rawatan- demi rawatan kujalani dengan penuh sabar.Akhirnya aku kini semakin sihat dan dapat menjalani kehidupan sama sepeti insan lain.

           Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Diriku diuji lagi, Sekali lagi pihak hospital menalifonku kerana mereka mendapati terdapat masalah pada sistem peranakanku. Aku disahkan menghidap kanser pangkal rahim. Rawatan demi rawatan terpaksa ku jalani. Bertapa azab dan sakitnya hanya tuhan yang lebih tahu. Aku diberi rawatan colposkopi dan histeroskopi. Patutlah pendarahanku tidak pernah henti sebelum disahkan penyakit tersebut. Rahimku seakan terburai disaat besi panjang dan kamera dimasukkan kedalam rahimku. Suamiku dengan sabar menerima ketentuan ini dan sanggup membawaku berubat kampung mahupun islamik. Rawatan mencecah ribuan ringgit dan aku sanggup demi ingin sihat seperti orang lain.

               Tidak cukup dengan itu juga aku disayki menghidap barah otak kerana selalu pening. Sekali lagi pihak hospital memanggilku untuk menjalani rawatan radioterapi Ct Brain. Kali ini tumpuan adalah di bahagian kepala. Scan mendapati terdapat satu benjolan pada bahagian hadapan tempurung kepalaku. Disebabkan itu aku sering berasa pening dan lebih teruk lagi  membawa kepada muntah-muntah. Sama juga keadaannya, aku dibawa berubat di banyak tempat dan hanya mampu ikhtiar dan berserah pada allah sahaja.

         Masih menjadi igauan ngeri apabila melalui rawatan alternatif scan di jari. Doktor yang merawatku mendapati tulang yang dipotong tidak lama dahulu kini sudah tumbuh tetapi tidak pada landasan yang betul, sistem peranakanku juga bermasalah dan tidak pada kedudukan yang betul. Lebih menakutkan apabila terdapat tompokan darah di otakku.Aku juga dinasihatkan agar tidak mengandung lagi. Punah harapan apabila mengetahui aku sudah tidak sesempurna insan lain. Apa sahaja yang mampu untukku lakukan, melainkan hanya berserah sahaja pada yang maha esa. Jika ia menetapkan qada' dan qadar bahawa inilah nasibku, aku redho. 



Rawatan alternatif


        Apa yang ingin ku kongsikan disini adalah semangat dan dorongan yang diberikan oleh doktor tersebut kepadaku agar terus bangkit dan sihat seperti sediakala. Teringat aku pada sebuah nukilan yang dihasilkannya dalam bentuk power point. Dr Rasimah memberikan semangat buatku menerusi mesej yang terkandung dalam slaid tersebut. Syukur alhamdulillah kini aku bangun dan lebih bersemangat. Walaupunpada hakikatnya aku sangat sedih kerana Dr Rasimah terpaksa berpindah ke tempat lain atas urusan kerja. Untuk mengelakkan daripada bahan tersebut hilang, aku telah mengubahnya menjadi video dan masih kusimpan dan terdapat di youtube. 




Be like the Coffee Bean 2

Semoga aku terus tabah menghadapi semua ini dengan penuh rasa syukur. Doaku agar Dr Rasimah dikurniakan kebahagiaan dan rezeki yang tidak putus dari allah. Terima kasih Dr Rasimah atas segalanya... Dalam pada itu aku sangat berterima kasih terhadap insan-insan yang sentiasa berada disisi terutama suami, anak dan keluargaku. 

Sumber kekuatan ku.....

8 comments:

  1. Be strong cg :')
    Ujian yg dtg untuk lebih menguatkan kite.
    Ily

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas semangat yang diberi... Ily too

    ReplyDelete
  3. Allahu...
    ~semoga tabah selalu cg
    ~live the life
    ~feel the life
    ~every cloud has a silver lining~

    ~wscss
    ~ksss

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca kisah akk ni....rase bersyukur sangat dengan nikmat yang Allah beri pada diri ini.

    ReplyDelete
  5. Kuatkan semangat kak shima

    ReplyDelete
  6. Kuatkan semangat kak shima

    ReplyDelete
  7. Akk kuat....saya kn jdkan akk idola saya

    ReplyDelete

Konsep kepimpinan dan perubahan dalam pendidikan

TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN ( KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ) 1.0      Pendahuluan : Setiap kita a...