Saturday 31 October 2015

Mukhayyam perdana antara SRAI






MUKHAYYAM PERDANA SRAI19 2015


Mukhayyam berarti perkhemahan. Ia merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan setiap tahun di antara SRAI. Pada kali ini ia diadakan di Kem Kokurikulum Bagan Lalang Sepang Selangor. Penyertaan setiap sekolah adalah diwajibkan dan dipertandingkan. Setiap sekolah dikehendaki menghantar seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Penyertaan adalah di kalangan murid tahun 6. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pemasangan khemah mengikut sekolah, kembara malam, pertandingan apresiasi seni, pertandingan kawad kaki dan beberapa pertandingan lain yang dijalankan mengikut sekolah masing-masing. 


Murid SRAI 19 bersama guru pengiring ( c. Shahrul, c.Hardee, c.Izham, c.Shima dan ust Ruzaimah )

Sepanjang program murid telah diajar agar berdisiplin dan belajar mengurus waktu dengan sebaiknya. Mereka dikehendaki mengikuti semua program seperti solat berjamaah, makan bersama,mandi mengikut giliran dan belajar bergaul dengan murid-murid dari sekolah lain. Murid-murid diajar cara memasang khemah, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, gajet, radio amatur, orientoring dan banyak lagi. Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada mereka. Guru-guru pengiring setiap sekolah juga diberi amanah sebagai fasilitator dan diberikan tugas menjadi guru pembimbing untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada murid berbagai sekolah. 
Aktiviti mengikut kumpulan yang telah ditetapkan

Berbagai cara telah diambil oleh guru-guru demi menaikkan nama sekolah. Guru-guru mengajar dan memberi latihan sebelum berlangsungnya mukhayyam ini. Diantaranya adalah latihan kawad kaki, pertolongan cemas, apresiasi seni, ikatan dan simpulan dan berbagai lagi. 

latihan apresiasi seni

latihan pemasangan khemah 

Latihan kawad kaki oleh cikgu Hardee



Tepat jam 7.30 pagi seramai 35 orang murid dan 5 orang guru pengiring telah bertolak ke kem Kokurikulum Bagan Lalang. Pada jan 9.00 pagi peserta telah tiba di lokasi yang telah ditetapkan. Sampai sahaja di lokasi murid dan guru diberi penerangan oleh Kem Komander sebagai penerangan tentang program

Sesi penerangan oleh Kem Komander

Selepas pemasangan khemah



Pertandingan apresiasi seni



Pertandingan kawad kaki

Pada kali ini SRAI 19 tidak bernasib baik kerana tidak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan. Diharapkan agar murid-murid yang menyertai akan mendapat ilmu dan pengalaman . Untuk itu cikgu telah mencipta sebuah video khusus untuk mereka..Semoga ianya dapat mengubat kesedihan kalian.Semoga terhibur...


Semoga terhibur...

No comments:

Post a Comment

Konsep kepimpinan dan perubahan dalam pendidikan

TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN ( KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ) 1.0      Pendahuluan : Setiap kita a...