Thursday 26 November 2015

Setiap gambar ada cerita..setiap cerita adalah kenangan...

Assalamualaikum...lama juga tidak bersiaran kan. Hihi tetiba teringat lk satu topik yang memang populer lah kan di zaman ini..  Aha, topik yang saya nak bincangkan ni ialah selfie... kalau zaman dahulu orang cuma ambil gambar je, lepastu cuci gambar tu kat kedai. Maka berlambak-lambaklah gambar tu. Bagi yang rajin pulak letaklah kat frame dan album. Bagi saya, setiap gambar yang diambil.amat banyak nilainya. Saya memang dari dulu suka ambil gambar dan suka simpannya. Sebab apa  tau, kalau di tengok balik, terasa best sangat. Sebab masa tu, barulah kita sedar dan ingat balik segala peristiwa dan kenangan manis dalam hidup kita..

Kalau zaman sekarang ni, dengan kecanggihan teknologi, lebih terkenal sebagai selfie. Teringat pulak saya, macam-macam gelaran yang saya dapat. Ratu selfie, gila selfie,perasan Dan macam2 lagi...Ngee




Kenapa saya suka selfie...jeng3

Apa maksud selfie? Berikut ialah definisi oleh Wikipedia, the Free Encyclopedia:

selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Google+, Instagram, Snapchat, Tumblr and Twitter.


Self-portrait photograph bermaksud ambil gambar sendiri! You guna tangan you untuk ambil gambar you. Tak kisah lah dengan bantuan monopod ke tidak.

Faham?

Dan sekarang dah ada terminology baru iaitu 'groufie'. Difahamkan term ini tercipta apabila wujudnya smartphone yang mampu buat 'group selfie' aka selfie berkumpulan. Dengan kata lain bukan setakat seorang je boleh masuk frame camera tapi lebih ramai orang pun muat masuk sekali. Namun masih dengan syarat salah seorang yang masuk frame itu lah yang ambil gambar diri dia bersama rakan-rakan yang lain.

Berikut ialah definisi Groufie oleh Urban Dictionary:

Groufie was trademarked by Huawei to mark a new smartphone that can take 'panoramic selfies'. It stands for 'group selfie' - aka a photo you take of yourself with other people. An alternative to the lonely 'selfie'. Usually you can see a person's arm in the shot as the photo is most often taken with a front-facing smartphone camera.

Untuk lebih faham, saya belanja satu gambar Groufie kami. Tapi rasanya korang yang baca blog saya ni mesti masing-masing lebih expert daripada saya ni. Kan? Kan? 



Sunday 15 November 2015

KEMAHIRAN PROSES SAINS

UNIT 1 : KEMAHIRAN PROSES SAINS 

KEMAHIRAN SAINTIFIK 

Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu. 

Kemahiran Proses Sains

 Memerhati 
- Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena. 

Mengukur dan Menggunakan Nombor
-  Dengan menggunakan alat dan radas.

 Membuat Inferens 
- Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.

 Berkomunikasi 
- Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah. 

Mengelas
-  Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.

 Meramal dan Membuat Hipotesis
-  Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.

 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 
- Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa. 

Mentafsir Maklumat
-  Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat  yang dikumpul. 

Mendefinisi Secara Operasi
-  Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan  dan diperhatikan.

 Mengawal Pembolehubah 
- Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya  dengan pembolehubah yang lain

. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain dimalarkan. Membuat Hipotesis Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau  peristiwa.

 Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.  

Kemahiran Manipulatif Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang  membolehkan murid:
1. menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
2. menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
3. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul; 
4. mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
5. melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

SISTEM SURIA





UNIT 9 : SISTEM SURIA 


Sistem solar ialah Matahari dan semua objek yang mengorbitnya. Objek-objek yang mengorbit Matahari ialah 8 planet iaitu;

 1. Utarid (Mercury)
 2. Zuhrah (Venus)
 3. Bumi
 4. Marikh (Mars) 
 5. Musytari (Jupiter)
 6. Zuhal (Saturn) 
 7. Uranus
 8. Neptun (Neptune)





Sistem suria



 Sistem Solar Terdapat tiga planet kerdil iaitu Pluto, Ceres dan Eris, manakala ada 170 bulan-bulan yang mengelilingi planet-planet tersebut, dan berbilion objek-objek yang lebih kecil, termasuk asteroid, objek lingkaran Kuiper, komet, meteoroid dan debu angkasa. 

Empat planet yang paling dekat dengan Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh, yang juga dipanggil planet-planet terestrial kerana permukaannya yang padu. Empat planet gergasi yang terletak di luar orbit Marikh ialah Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune, dikenali sebagai gergasi-gergasi gas. 

Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga tahun 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Solar. 

Namun di penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa Pluto ditemui di bahagian Sistem Solar yang jauh, terutama sekali Eris (dulu dikenali sebagai 2003 UB313), yang lebih besar dari Pluto.

 Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasminya menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil. 

Menurut kaedah baru sesuatu planet mesti mempunyai 3 kriteria iaitu; Ia mesti mengorbit Matahari; Ianya mestilah cukup besar sehingga mengakibatkan graviti menariknya menjadi bentuk bulat, dan; Ia mestilah menyahkan objek-objek lain dari persekitaran orbitnya.

 Selain dari Pluto, Ceres iaitu objek terbesar di lingkaran asteroid; dan Eris, yang terletak di kawasan objek berselerak di luar lingkaran Kuiper juga dimasukkan dalam kategori planet kerdil. 99.86% daripada jisim Sistem Solar terdiri daripada Matahari. 

Daripada 0.14% jisim yang tinggal lebih 90% terdiri daripada jisim dua planet yang terbesar, Musytari dan Zuhal. Ruang Antara Planet Jika mengikut ukuran, sebahagian besar Sistem Solar kelihatan seperti ruang kosong. 

Ini bukan semata-mata ruang kosong, sebaliknya ruang kosong ini terdiri daripada apa yang dikenali bahan-bahan antara planet (interplanetary). Ia termasuk berbagai bentuk tenaga dan sekurang-kurangnya dua komponen iaitu; · Debu antara planet - terdiri daripada partikel-partikel mikroskopik pepejal. · Gas antara planet - aliran gas dan partikel bercaj yang halus, (sebahagian besarnya proton dan elektron – yang terpancar dari Matahari, dan juga dikenali sebagai angin solar) 

Pertembungan antara angin solar dan medium antara bintang, iaitu angin solar dari bintang-bintang lain, dikenali sebagai heliopause. Ia adalah sempadan yang secara teorinya berbentuk bulatan atau berbentuk titisan airmata, dan menandakan berakhirnya pengaruh Matahari, iaitu satu jarak kira-kira 100 AU jauhnya dari Matahari. Ahli kaji bintang biasanya mengukur jarak dalam Sistem Solar menggunakan unit astronomi (AU).

 Satu AU ialah jarak antara Bumi dan Matahari, kira-kira 149,598,000 km (93,000,000 batu). Utarid (0.4 AU) ialah planet terdekat dengan Matahari. Selepas itu ialah Zuhrah, kira-kira 0.7 AU dari Matahari. Kedua-dua Utarid dan Zuhrah tiada bulan sendiri. Planet seterusnya ialah Bumi, pada jarak 1 AU. Selepas Bumi ialah Marikh (1.5 AU) dengan dua bulan kecil, Deimos dan Phobos. Empat planet-planet terestrial ini biasa dikenali sebagai planet dalaman. Selepas Marikh wujud satu lingkaran asteroid, terletak kira-kira 2.3 dan 3.3 AU dari Matahari.

 Saiz asteroid berbeza dari sebesar yang berdiameter beratus kilometer hinggalah sehalus debu. Yang paling besar, Ceres, diklasifikasikan sebagai satu planet kerdil. Selepas lingkaran asteroid terletaknya gergasi-gergasi gas. Yang paling besar ialah Musytari, pada jarak 5.2 AU dari Matahari. Musytari mempunyai 63 bulan. 

Empat yang terbesar, Ganymede, Callisto, Io, dan Europa mempunyai persamaan dengan planet-planet terestrial, seperti gunung berapi dan haba dalaman. Ganymede, bulan terbesar dalam Sistem Solar, lebih besar dari Utarid. Planet kedua terbesar ialah Zuhal, pada jarak 9.5 AU dari Matahari. Zuhal mempunyai 60 bulan yang diketahui. Selepas Zuhal terletak Uranus (19.6 AU), diikuti oleh Neptun (30 AU). Kawasan selepas Neptun, yang biasa dikenali sebagai kawasan luaran Sistem Solar atau wilayah trans-Neptun, sebahagian besarnya masih belum diterokai. 

Lingkaran Kuiper, formasi pertama wilayah ini, ialah satu lingkaran serpihan serupa seperti lingkaran asteroid, tetapi terdiri daripada ais. Ia berjarak dari 30 AU ke 50 AU dari Matahari. Objek terbesar di lingkaran Kuiper ialah Pluto (purata 39 AU dari Matahari). 

PENGARATAN




UNIT 8 : PENGARATAN 


Apakah itu Pengaratan ?


Pengaratan adalah merupakan proses elektro kimia.
Besi adalah bahan yang boleh berkarat.








Faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan:


1) Air
2) Udara


Cara-cara pencegahan pengaratan:

1) Menyapu gris / minyak
2) Menyadur besi dengan plastik atau getah
3) Mengecat  permukaan besi


Faedah mencegah pengaratan:

1) Menjimatkan kos
2) Kekal cantik  

SIFAT BAHAN




UNIT 7 : SIFAT BAHAN

 Pengelasan Bahan 

      Objek diperbuat daripada bahan yang berbeza seperti:

1)    Kayu



2)    Getah

  
3) Plastik



4)  Logam



 5)  Kaca




6)  Kulit
 
7)  Tanah liat



8)  Kain


 
SIFAT-SIFAT BAHAN



  • Bahan yang berlainan mempunyai sifat-sifat yang berlainan.



1.Terapung di permukaan air
Contoh bahan

Bahan yang terapung di atas air tidak akan tenggelam jika diletakkan di dalam air.



Kayu
Plastik
2. Menyerap air
Contoh bahan

Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.



Kayu
Kain
3. Mengalirkan elektrik
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya.



Logam:
Besi
Kuprum
Tembaga
Merkuri
Emas

Bukan logam:
Karbon

4. Mengalirkan haba
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan haba melaluinya.




Logam:
Zink
Aluminium
Perak

5. Boleh direngangkan
Contoh bahan

Bahan yang menjadi lebih panjang apabila ditarik dan boleh kembali ke bentuk dan saiz asal apabila dilepaskan.




Getah
Spring
Sesetengah jenis kain
6. Membenarkan cahaya menembusinya
Contoh bahan


Bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.



Kaca
Sesetengah jenis plastik dan
kain



 
KONDUKTOR ATAU PENEBAT

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara konduktor dan penebat.

Konduktor
Penebat

1)          Bahan yang mengalirkan         
      elektrik atau haba.

2)        Semua logam ialah konduktor elektrik dan haba.

3)        Karbon ialah bahan bukan logam yang merupakan konduktor elektrik.

         4)       Contoh konduktor:
pembaris keluli


karbon



    1)      Bahan yang tidak mengalirkan   
         elektrik atau haba.

    2)    Bahan bukan logam ialah 
         penebat bagi elektrik dan haba 
         kecuali karbon.

    3)    Contoh penebat:

pembaris kayu

sikat plastik




BAHAN YANG UNIK

Lut Sinar
Contoh

Bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya.


kaca jernih

plastik jernih
Lut Cahaya
Contoh

Bahan yang membenarkan hanya sebahagian cahaya menembusinya.


kertas surih

botol berfros
                            
Legap
Contoh

Bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya menembusinya.

logam

kayu
                                       














MEMILIH BAHAN YANG SESUAI


Ø Penebat haba digunakan untuk mengekalkan bahan supaya tetap panas atau sejuk.

Ø Penebat haba digunakan untuk memerangkap udara dan udara ini akan mempertahankan pengaliran haba.

Ø Pengetahuan tentang sifat-sifat bahan membantu kita memilih 
    bahan yang sesuai untuk membuat objek.

Ø Contoh bahan penebat haba:



Bekas polistirena mengekalkan makanan supaya tetap panas.                              
Kotak polistirena mengekalkan ikan supaya tetap segar dan sejuk.

Termos digunakan untuk mengekalkankehangatan minuman panas atau kesejukan minuman sejuk untuk tempoh masa yang lama.
                      

Konsep kepimpinan dan perubahan dalam pendidikan

TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN ( KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ) 1.0      Pendahuluan : Setiap kita a...