Sunday, 15 November 2015

PROSES HIDUP HAIWAN

UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN 

1. Seperti manusia, haiwan juga melalui proses hidup.
2. Proses hidup haiwan termasuklah:
  • perkumuhan (excretion)
  • penyahtinjaan (defecation)
  • pernafasan
  • pembiakan
Perkumuhan dan Penyahtinjaan

1. Haiwan berkumuh dan bernyahtinja untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan mereka.
2. Jika haiwan tidak mengumuhkan atau bernyahtinja bahan buangan daripada tubuh, haiwan akan mendapat penyakit.
3. Oleh itu, haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk kekal sihat.

Pernafasan

1. Haiwan bernafas melalui struktur pernafasan.
2. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.
3. Gambar di bawah menunjukkan struktur pernafasan bagi beberapa jenis haiwan.

insang
peparu


peparu buku (book lung)




sistem trakea


kulit lembap
4. Jadual di bawah menunjukkan cara haiwan yang berlainan bernafas.



Pembiakan

1. Haiwan membiak.
2. Haiwan membiak sama ada secara:
  • melahirkan anak
  • bertelur
3. Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah lembu, kucing, kanggaru, ikan paus dan monyet.



4. Sesetengah haiwan melahirkan bilangan anak yang kecil seperti harimau, lembu, kuda dan gajah.




5. Sesetengah haiwan melahirkan banyak anak seperti kucing, anjing dan tikus.




6. Contoh haiwan yang bertelur ialah burung, penyu, katak, ikan, ular dan buaya.




7. Sesetengah haiwan bertelur dengan bilangan yang kecil seperti burung, ayam dan itik.


8. Sesetengah haiwan bertelur dengan banyak seperti penyu, ikan dan katak.


9. Kita boleh mengelaskan haiwan-haiwan berdasarkan cara pembiakannya.


No comments:

Post a Comment

Konsep kepimpinan dan perubahan dalam pendidikan

TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN ( KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ) 1.0      Pendahuluan : Setiap kita a...