UNIT 1 : KEMAHIRAN PROSES SAINS
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu.
Kemahiran Proses Sains
Memerhati
- Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.
Mengukur dan Menggunakan Nombor
- Dengan menggunakan alat dan radas.
Membuat Inferens
- Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.
Berkomunikasi
- Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.
Mengelas
- Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.
Meramal dan Membuat Hipotesis
- Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.
Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
- Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa.
Mentafsir Maklumat
- Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul.
Mendefinisi Secara Operasi
- Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
Mengawal Pembolehubah
- Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya dengan pembolehubah yang lain
. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain dimalarkan. Membuat Hipotesis Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.
Kemahiran Manipulatif Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid:
1. menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
2. menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
3. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
4. mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
5. melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
No comments:
Post a Comment