Bingkisan Tulus Ikhlas Dariku...
Assalamualaikum pembuka bicara....
Pejam celik rupa-rupanya sudah sampai ke penghujungnya kuliah untuk semester ni. Bertapa beruntungnya diriku kerana mendapat ilmu yang sangat banyak daripada seorang pensyarah yang sangat baik hati. Beliau sanggup mengajar kami walaupun kami terlalu banyak kerenahnya. Maklumlah kami ni pelajar di usia senja. Beliau yang kumaksudkan adalah En Ahmad Nurzid Rosli.
En Ahmad Nurzid Rosli
Kamilah anak murid En Nurzid
Sangat seronok belajar ICT ni. Bermula dengan asas bagi perkomputeran iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power point, Google Drive, Google Doc, Scratch, Blog, Kahoot dan banyak lagi. Tempoh 3 jam belajar tu rasa macam tak cukup sebab memang seronok.
"Scratch"... Seronok sangat tapi masa terlalu singkat nak belajar
"Blog" Best sangat, tapi masih x cukup ilmu lagi...jika ada peluang lagi, saya nak belajar dengan lebih banyak...hihi
Kenangan di bilik ICT bersama rakan-rakan karib saya
Niat di hati memang nak belajar dengan lebih banyak lagi. Saya sangat berminat dengan ilmu ini. tapi apakan daya pertemuan dengan En Nurzid hanya setakat disini sahaja. saya amat berharap agar akan berjumpanya lagi. Moga kami akan dapat mengambil ilmu yang ada padanya lagi untuk masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nurzid atas ilmu yang dicurahkan. Demi untuk mengucapkan terima kasih, saya telah menghasilkan video ini khusus untuk En Nurzid, Dr Maizatul Hayati dan Puan Saadah. Disebabkan En Nurzid ada kaitan dengan Korea, jadinya saya ambil lagu mamacita dari Exo sebagai lagu latarnya.Harap En Nurzid menyukainya. Saksikanlah... N.shiem.H ( Bingkisan kisah hati...dari hati ke hati )
Mamacita by Exo special to En Nurzid...
No comments:
Post a Comment