Saturday 31 October 2015

Mukhayyam perdana antara SRAI






MUKHAYYAM PERDANA SRAI19 2015


Mukhayyam berarti perkhemahan. Ia merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan setiap tahun di antara SRAI. Pada kali ini ia diadakan di Kem Kokurikulum Bagan Lalang Sepang Selangor. Penyertaan setiap sekolah adalah diwajibkan dan dipertandingkan. Setiap sekolah dikehendaki menghantar seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Penyertaan adalah di kalangan murid tahun 6. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pemasangan khemah mengikut sekolah, kembara malam, pertandingan apresiasi seni, pertandingan kawad kaki dan beberapa pertandingan lain yang dijalankan mengikut sekolah masing-masing. 


Murid SRAI 19 bersama guru pengiring ( c. Shahrul, c.Hardee, c.Izham, c.Shima dan ust Ruzaimah )

Sepanjang program murid telah diajar agar berdisiplin dan belajar mengurus waktu dengan sebaiknya. Mereka dikehendaki mengikuti semua program seperti solat berjamaah, makan bersama,mandi mengikut giliran dan belajar bergaul dengan murid-murid dari sekolah lain. Murid-murid diajar cara memasang khemah, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, gajet, radio amatur, orientoring dan banyak lagi. Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada mereka. Guru-guru pengiring setiap sekolah juga diberi amanah sebagai fasilitator dan diberikan tugas menjadi guru pembimbing untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada murid berbagai sekolah. 
Aktiviti mengikut kumpulan yang telah ditetapkan

Berbagai cara telah diambil oleh guru-guru demi menaikkan nama sekolah. Guru-guru mengajar dan memberi latihan sebelum berlangsungnya mukhayyam ini. Diantaranya adalah latihan kawad kaki, pertolongan cemas, apresiasi seni, ikatan dan simpulan dan berbagai lagi. 

latihan apresiasi seni

latihan pemasangan khemah 

Latihan kawad kaki oleh cikgu Hardee



Tepat jam 7.30 pagi seramai 35 orang murid dan 5 orang guru pengiring telah bertolak ke kem Kokurikulum Bagan Lalang. Pada jan 9.00 pagi peserta telah tiba di lokasi yang telah ditetapkan. Sampai sahaja di lokasi murid dan guru diberi penerangan oleh Kem Komander sebagai penerangan tentang program

Sesi penerangan oleh Kem Komander

Selepas pemasangan khemah



Pertandingan apresiasi seni



Pertandingan kawad kaki

Pada kali ini SRAI 19 tidak bernasib baik kerana tidak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan. Diharapkan agar murid-murid yang menyertai akan mendapat ilmu dan pengalaman . Untuk itu cikgu telah mencipta sebuah video khusus untuk mereka..Semoga ianya dapat mengubat kesedihan kalian.Semoga terhibur...


Semoga terhibur...

Tips menghadapi peperiksaan

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tips menjelang peperiksaan:

1-Pastikan segala tajuk telah diulangkaji.Elakkan dari tebuk tebuk atau pilih tajuk.Bila telah menguasai semua tajuk,kamu akan masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan keyakinan yang sangat tinggi,tidak cemas malah kamu akan berasa rileks dan tenang.Sebab itu jangan sekali –kali ‘study last minute’.Bersiap sedia dari awal tahun lagi.


2.Malam peperiksaan:

~Elakkan tidur lewat malam.Sebelum tidur tunaikan solat sunat taubat dan baca Al-Quran.Mohon pada Allah agar keesokan harinya diberi ketenangan dan kemudahan untuk menduduki peperiksaan.

~Bangun pagi setengah jam sebelum azan subuh berkumandang.Dengan itu kamu sempat untuk solat sunat tahajud dan solat hajat.Setelah selesai solat subuh bacalah surah Ar Rahman pula.

~Kalau duduk di asrama minta pada ayah dan ibumu untuk menunaikan solat Hajat agar urusan kamu dipermudahkan nanti.Jangan lupa minta ampun dan maaf atas segala kesalahan kamu dan minta halalkan segala-galanya.

~Berikan jadual peperiksaan kepada ayah dan ibu.Pesan sungguh-sungguh pada mereka agar sentiasa mendoakanmu sepanjang kamu menduduki peperiksaan pada hari tersebut.Sesungguhnya doa seorang ibu itu sangat makbul apatah lagi dalam keadaan si ibu itu berpuasa.

~Sebelum masuk ke dewan peperiksaan banyakkan doa dan selawat.Bacalah surahAl-Insyirah(Alam Nasyrah).Masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan dengan langkahan kaki kanan dan ucaplah Bismillah.

~Apabila duduk sahaja di atas kerusi,sebelum soalan dibuka bacalah doa dengan bersungguh-sungguh,minta pada Allah agar diberikan kefahaman yang baik,kekuatan untuk menulis dan membuat pilihan jawapan yang tepat.

~Jika terlupa isi-isi penting ketika sedang menjawab banyakkan selawat,minta bantuan Allah s.w.t.Akal kita ini anak-anak ….Allah yang punya.DIA yang cipta maka pohonlah kepada penciptanya itu agar menganugerahkan kepada kita akal yang cerdas,kuat ingatan dan diilhamkan jawapan yang bernas.
~Jawab dengan tekun.Usah peduli rakan –rakan di sekelilingmu.Manfaatkan setiap saat untuk meneliti jawapanmu sehinggalah ke titik yang terakhir sehingga kamu berasa sangat berpuas hati.
~Setelah selesai menjawab ucaplah syukur Alhamdulillah dan bertawakallah kepada Allah.
~Sepanjang menunggu keputusan pepriksaan,teruskan solat hajat mohon pada Allah agar pemeriksa kertas yang ditakdirkan memeriksa kertas kamu itu dilembutkan hatinya,dimurahkan hatinya untuk memberikan markah yang baik di atas setiap jawapan yang telah kamu berikan.Sesungguhnya anak-anak, pemeriksa kertas jawapan kamu itu adalah manusia yang hati dan jiwanya juga milik Allah.Mintalah kepada Allah agar mereka itu bersifat pemurah dan kasihan belas kepada setiap jawapan yang telah kamu berikan.

~Yakinlah .Allah tidak akan sekali kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.Siapa yang telah berusaha bersungguh-sungguh pasti Allah akan memberikan balasan dan ganjarannya.Anda buat.anda dapat!!InsyaAllah

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


QALBI:

1. Jauhila perkara-perkara maksiat dan mazmumah..contoh derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..

2. Minta maaf pada semua orang, jumpa guru- minta halalkan ilmu dan maafkan orang lain (bukan masa hari raya je..)..

3. Bagi yg susah nak mengingat apa yg telah dipelajari..cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran..bila dah mula menghafaz ayat-ayat suci alQuran ni, secara tak langsung memudahkan kita mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.

4. Qiamullail - bangun pada tengah malam...menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan solat2 sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir (sekurang-kurangnya)


'AQLI:

1. Mind setting - anggap peperiksaan sesuatu yang positif..

2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar
kadang-kadang soalannya berulang-ulang dan bagi mata pelajaran matematik, perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada

3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan
Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tak jumpa tempat duduk sendiri.


JASADI:

1. Kesihatan

"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah :

a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3 untuk bermunajat kepada Pencipta
b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.
c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.

2. Keselamatan

Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.

- Semoga Berjaya-








Saturday 24 October 2015

POKOK APAKAH INI ?







Pokok apakah ini...Peliknya



Tahukah anda, bertapa terujanya saya apabila melihat pokok ini. Selepas habis kuliah semalam, saje je mata ni nak tengok-tengok kiri kanan jalan. Padahal sebelum ni memang tak heran pon apa yang ada kat alam sekeliling ni. Tiba-tiba terpandang satu pokok yang betul-betul terletak di simpang jalan. Aduhai, peliknya pokok ni. dalam hati tertanya-tanya pokok apa ni. Pelik sungguh....hihi batak sungguh diriku ini.

     Pokok ni sangat pelik

buah dia macam ni ha


Ada juga saya bertanya pada rakan-rakan tentang pokok ini.Ada yang mengatakan pokok ini adalah pokok meriam. Pokok ini merupakan sejenis pokok hiasan yang mudah didapati di nursery tempat penjagaan pokok. Pokok ini mempunyai bunga yang sangat cantik dan bersaiz besar. Buahnya berkulit keras , berwarna coklat dan di dalamnya mempunyai tempurung keras seperti tempurung kelapa.

Konsep kepimpinan dan perubahan dalam pendidikan

TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN ( KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ) 1.0      Pendahuluan : Setiap kita a...