Thursday 22 September 2016

konsep dan ciri-ciri guru cemerlang



TAJUK : 
KONSEP DAN CIRI-CIRI GURU CEMERLANG


ISI KANDUNGAN
Bil
Tajuk
Muka surat

1
Pendahuluan
1
2
Konsep Profesion Keguruan
2-3
3
Definisi Guru Cemerlang
3-4
4
Islam Memandang Tinggi Profesion Perguruan
4-7
5
Peranan Guru Menurut Pandangan Islam
7-13
6
Etika Keguruan
13-20
7
Etika Kerja
20-24
8
Ciri-ciri Guru Cemerlang
25-32
9
Tugas-tugas Guru Cemerlang
33
10
Peranan Pelajar
33-34
11
Peranan Ibu Bapa dan Anggota Masyarakat
34
12
Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO )
35
13
Kesimpulan
35-36
14
Bibliografi
37-38
15
Lampiran
40
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”
“Nescaya allah akan meinggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.






KONSEP DAN CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

1.      PENDAHULUAN
Keguruan adalah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang professional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. ( Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2007 ). Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi,bersikap kerjasama dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. ( Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia ). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pendidikan Bertaraf Dunia kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ( selepas ini ditulis p&p )” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.
            Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang, maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.
           


2.      KONSEP PROFESION KEGURUAN
Profesion merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan          ( Lieberman, 1956 ).
            Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Cemerlang’ pula ialah bersiar      ( bercahaya ) dengan terang, gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli professional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli professional dalam profesion tersebut.
            Konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine ( 1983 ), terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahlinya serta  kebenaran / persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
            Berdasarkan kenyataan di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai professional. Tambahan pula, profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan dan panduan seorang guru semasa berkhidmat dalam profesion keguruan.
           
3.      DEFINISI GURU CEMERLANG
Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang        ( 1990 ) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saing berkait rapat dengan masyarakat. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggug jawab untuk mendidik pelajar di sekolah.Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
            Dalam bahasa arab pula, guru dipangggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah al-Mu’allim    ( menyampaikan ilmu yang benar ), al-Murabbi ( proses tarbiah atau mendidik ), al-Mu’addib ( mengajar adab dan budi pekerti ) dan al-Mursyid ( membentuk kepimpinan insan ).
            Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan,menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.
 Guru cemerlang adalah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
            Menurut Hamachek ( 1971 ) menyatakan bahawa guru yang berkesan adalah guru yang selalu melihat diri mereka sebagai orang yang cemerlang. Konsep diri mereka dalam kebanyakan bahagian positif dan selari dengan suasana optimis dan diwarnai dengan konsep penerimaan diri yang sihat. Bukti klinikal telah membuktikan bahawa mana-mana individu yang berasa lebih ceria, lebih produktif dan lebih berkesan hanya apabila dia mampu melihat dirinya cukup sempurna. Perasaan yang positif tentu mempengaruhi seseorang supaya berkelakuan lebih positif dan dari itu akan lebih berjaya dalam hidupnya daripada mereka yang mempunyai gambaran diri yang rendah. Orang yang mempunyai pandangan yang negatif  terhadap dirinya dan menghalang seseorang dari mencuba.

4.      ISLAM MEMANDANG TINGGI PROFESION PERGURUAN
            Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan  pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama’. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara.
            Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti utuk memberi pendidikan kepada anak bangsa kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru yang sentiasa bertungkus-lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita.
            Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu, profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.
            Kerajaan menghargai sumbangan guru dengan mengistiharkan tanggal 16 hb Mei pada setiap tahun bermula dari tahun 1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan megenang segala jasa baik para guru. Guru adalah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup, sama ada di dunia mahupun diakhirat. Seseorang muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalnya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran :
           
Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w selepas kewafatan baginda.
            Imam al-Ghazali menyatakan, “tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian”. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada matlamat atau tujuan diutuskan Rasulullah s.a.w sebagai nabi dan rasul kepada umat manusia. Di samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 yang bermaksud :

            Melalui ayat ini diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para guru atau pendidik. Pendidikan adalah asset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset yang bernilai pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul. Guru perlu memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu ( yang benar ), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru yang cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta amanah dalam menjalankan tugasnya.
            Prinsip utama seorang guru yang cemerlang ialah ia mesti faham bahawa tugas ‘mengajar dan mendidik serta meneladan’ adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai satu ibadah. Oleh itu, seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.


5.      PERANAN GURU MENURUT PANDANGAN ISLAM

            Guru adalah agen pendidikan yang berkesan ( Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991 dlm Ahmad Mohd Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan / diajar tidak akan difahami oleh murid dan tidak mencapai matlamat pengajaran. Oleh itu, guru islam terbahagi kepada lima kategori berikut :

1.      Guru sebagai Mudarris
Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang islam dan bukan islam. Kalau dia orang islam, boleh jadi yang taat atau tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi baik atau tidak baik. Guru yang mengajar ilmu sihir juga adalah mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris. Bagaimanapun dalam konteks perbincangan kita ialah guru adalah mudarris yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru.

2.      Guru sebagai Mu’allim
Mu’allim adalah kata nama yang muncul dari kata terbitan / masdar ta’lim ( pengajaran yang benar ). Mu’allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Dalam surah Al-Baqarah ayat 31 ada menerangkan penggunaan kalimat ini yag membawa makna mengajar perkara yang benar.
            Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh ( 2002 ),al-Ta’lim bermaksud mengajar, iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan    ta’lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu,bermusuhan dan sukakan kebendaan dan pada masa yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakal, beriman, bijaksana dan sebagainya          ( Saedah Siraj, 2001 )
            Di dalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur haiwan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia ( termasuk murid ) dan juga meningkatkan akhlak mereka. Mengenai perkara ini, Saedah Siraj ( 2001 ) mengatakan bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya, maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, tambah beliau, jika seorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yang ada di dalam dirinya, maka perbuatan, kelakuan, pemikiran serta rohnya adalah sama tarafnya dengan haiwan.
            Oleh itu, dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini, guru selain berperanan membentuk akhlak murid, mereka juga berperanan sebagai mu’allim perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan ( Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991 ). Dalam hal ini, guru perlu menguasai ilmu sebagaimana berikut :
a.       Ilmu bidang : Ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidag berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru agama, maka ilmu agama adalah bidang kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Sekiranya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh murid kepadanya.
b.      Ilmu Fardhu Ain : Bukan bermaksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini adalah Asas Fardhu Ain. Ini bermaksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang islam, termasuk mengetahui halal haram dan sebagainya. Sebagai seorang peniaga harus megetahui apa yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh islam. Guru juga demikian, adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang berkaitan dengan amanah dan tanggungjawab.
c.       Ilmu alat : Bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.
Selaku mu’allim dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan, memberi rangsangan motivasi kepada pelajar dan memahami kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Imam Al-Ghazali menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan para muridnya daripada siksaan api neraka. Mengajar bukan untuk mendapatkan upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia. Sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya meyakininya dengan penuh bermakna, memberi perhatian kepada murid yang lemah selain mengamalkan ilmu mereka yang disampaikan kepada guru.
3.      Guru sebagai Murabbi
Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah ( pendidikan ). Hasan Langgulung         ( 1995 ) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Quran Surah Isra’ ayat 24 yang bermaksud :
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : “Wahai tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
            Tengku Ghani Tengku Jusoh ( 2002 ) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan. Peranan guru sebagai murabbi juga melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayag dan saling percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut Al-Ghazali adalah :
a.       Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.
b.      Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka.
c.       Menjaga disiplin murid menggunakan “Pendekatan Mencegah dan Menegur secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang.

Bagi Ahmad Mohd Salleh ( 1997 ) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah:
a.       Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid
b.      Bersikap adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan akademik dan ekonomi.
c.       Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak.
d.      Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.

4.      Guru sebagai Muaddib
Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua’ddib ( Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1986 : Zawawi Hj. Ahmad, 1992 ). Berhubung perkara ini, Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda sebaik-baik pendidik. Syed Muhammad Naquib al-Attas ( 1986 ) lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu’allim. Beliau menggunakan perkataan ta’dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau, pendidikan islam adalah lebih tepat dan berorientasikan kepada istilah ta’dib. Ini kerana peranan guru yang paling menonjol menurut beliau, adalah sebagai muaddib. Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru, mengatakan bahawa ta’dib adalah:
           
“Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang dan proses ini melibatkan penguasaan ilmu pendidikan dan perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia. Proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi             ( riadah )”.

            Abdullah Nasih Ulwan( 2002 ) mengatakan guru-guru dalam kategori ta’dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan murid. Oleh itu, menurut Abdul Raof Dalip ( 1985, 1993 ), guru-guru tersebut perlu:
a.       Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada Allah.
b.      Menanam kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid.
c.       Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan.
d.      Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan mereka.
             Guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji. Sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam proses mendidik bukan kerana inginkan balasan kebendaan ( wang, pangkat ) dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah.
            Bagaimanapun, Husain Mazhariri  ( 1983 ) dan Ibrahim Amini ( 2001 ) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan  ( ganjaran-upah-gaji )dalam proses mendidik murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. Apa yang perlu difahami disini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan ( berapa ganjaran yang diterima )kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan.

5.      Guru sebagai Mursyid
Mursyid dari perkataan ( Arsyada ). Mursyid adalah kata pelaku ( Isim Fa’el ) ini sinonim perkataan ( ahda ) yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu, perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk. Ini juga menunjukkan peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan hidayah ( petunjuk ) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan itu sendiri.
            Abdul Halim Muhammad ( 2003 ) mengaitkan antara ciri-ciri mursyid dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebung” dan hadith Rasulullah saw yang menyarankan supaya mendidik anak seawal usia tujuh tahun. Asih Ulwan ( 1989 ) memetik ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan sifat-sifat mursyid guru antaranya yang bermaksud : Dan ( dia berkata ) : “ Hai kaum ku aku tiada meminta harta benda kepada kamu ( sebagai upah )bagi seruan ku. Upah ku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.      ( Surah Hud : 29 )
            Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas. Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid, murabbi, mu’allim dan mu’addib. Husain Mazhahiri ( 1993, 1994 ) dan Ibrahim Amani    ( 2001 ) mengatakan bahawa pendidik yang telah membimbing murid berjaya menghidupkan roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.


6.      ETIKA KEGURUAN

Maksud Etika :
            Menurut kamus Dewan ( 1995 ) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut Kamus Oxford ( 1994 ) pula ia bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Dari perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketaqwaan kepada Allah.
            Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan akauntabiliti / tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Kepentingan Etika Keguruan:
            Guru perlu memiliki etikanya sendiri demi memartabatkan profesion keguruan. Kod etika dianggap penting kerana :
1.      Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion keguruan, sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2.      Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang penddikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3.      Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika yang diamalka sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4.      Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5.      Menerusi kod Etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi, membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6.      Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengalaman etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi ( INTAN,1991 )

Etika Keguruan Islam:
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta ( Allah ), terhadap diri, ilmu, profesion,masyarakat dan negara, murid, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara lain.
            Tergolong dalam kelompok guru pendidikan islam ( Guru Agama-Ustaz ) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan islam yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya guru pendidikan islam yang baik personaliti mereka.
            Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, telah merumuskan Etika Keguruan Islam sebagaimana berikut :


a.      Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru Muslim terhadap Allah ialah seperti berikut :
                      i.            Seorang guru muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan dengannya.
                    ii.            Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
                  iii.            Guru muslim mesti menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
                  iv.            Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat islam.
                    v.            Guru muslim mesti melaksanakan kewajipan agama, menghindari larangannya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab berkaitan dengannya.
                  vi.            Guru muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadanya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratnya.

b.      Tanggungjawab Terhadap Diri

                    i.            Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada aspek fizikal,emosi, mental mahupun moral.
                  ii.            Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
                iii.            Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
                iv.            Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
                  v.            Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.


c.       Tanggungjawab Terhadap Ilmu

                    i.            Memastikan ilmu dikuasai secara mantap dan mendalam.
                  ii.            Beriltizam dengan amanah ilmiah.
                iii.            Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
                iv.            Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
                  v.            Dari semasa ke semasa guru muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spiritualiti islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
                vi.            Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

d.      Tanggungjawab Terhadap Profesion

                    i.            Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya yang menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
                  ii.            Guru juga tidak boleh bertingkah laku yang boleh menjatuhkan maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
                iii.            Seseorang guru juga hendaklah menjalankan tugasnya dengan jujur.
                iv.            Tanggungjawab utama seorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
                  v.            Guru juga harus menumpukan perhatian dan pengajaran utuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
                vi.            Guru juga harus bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
              vii.            Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan terhadap setiap pelajarnya.
            viii.            Guru harus mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan, politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
                ix.            Guru harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
                  x.            Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya  maklumat-maklumat sulit mengenai diri pelajar tidak diberitahu kepada orang lain atau agensi lain yang tidak berkenaan.
                xi.            Guru tidak boleh mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
              xii.            Guru harus menanam sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
            xiii.            Guru tidak boleh menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapanya.
            xiv.            Guru harus bertingkah laku yang menjadi contoh yang baik terhadap pelajarnya.
              xv.            Guru tidak harus menerima sebarang bayaran daripada pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
            xvi.            Guru tidak harus mengiklankan diriya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
          xvii.            Guru tidak boleh memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
        xviii.            Guru tidak boleh meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
            xix.            Guru tidak boleh menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
              xx.            Guru harus menggunakan cara-cara yang sah sahaja untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat ( iaitu berdasarkan kecekapan ).
            xxi.            Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

e.       Tanggungjawab Terhadap Pelajar / Murid

                    i.            Guru muslim hendaklah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dan hal-hal lain.
                  ii.            Bersikap adil terhadap setiap seorang muridnya tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
                iii.            Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
                iv.            Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
                  v.            Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan meghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

f.       Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

                    i.            Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
                  ii.            Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
                iii.            Berusaha dengan sepeuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
                iv.            Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
                  v.            Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

g.      Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

                    i.            Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara atau pun yang boleh bertentangan dengan Rukun Negara.
                  ii.            Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
                iii.            Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
                iv.            Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
                  v.            Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan moraliti, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat.
                vi.            Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang boleh diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

h.      Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

                    i.            Meghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
                  ii.            Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
                iii.            Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan dibocorka kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
                iv.            Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
                  v.            Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
                vi.            Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar )

7.      ETIKA KERJA
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan ETIKA KERJA yang diamalkan oleh setiap pendidik. Etika kerja ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap pendidik yang berlandaskan kepada nilai-nilai akhlak mulia profesion perguruan. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan etika ini:
1.      Objektif Etika Kerja
a.       Menanamkan sikap yang positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
b.      Meningkatkan disiplin diri bagi meghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.
c.       Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

2.      Prinsip Etika Kerja
                    i.            Niat yang betul
Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama islam yang selari degan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidik perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggugjawab terhadap agama dan negara, memberi sumbangan yang maksimum dan bermutu disamping memperbaharui niat untuk melakukan kebaikan setiap masa.

                  ii.            Perlakuan yang baik
Pendidik perlu melakukan tugas dengan sempurna yang merupakan tanggungjawab ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Pendidik perlu menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik, menghasilkan kerja yang berkualiti secara berterusan di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan, menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

                iii.            Penggerak ke arah kebaikan
Bagi setiap pendidik yang bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak kea rah kebaikan. Mereka perlu menampilkan diri sebagai seorang dinamik, maju,berdaya saing dan mendorong seseorang melakukan kebaikan. Begitu juga harus berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pekerja yang terbaik.

                iv.            Memperkata apa yang dikatakan
Para pendidik hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan, dengan menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Setiap perbuatan yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan dengan menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

                  v.            Berdisiplin dan beradab
Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting kea rah melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Pendidik perlu menjaga adab sopan seperti ajaran islam, mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.

3.      Nilai Utama Dalam Etika Kerja
Walaipun terdapat banyak nilai murni dalam islam, tetapi tujuh nilai utama sahaja yang menjadi fokus Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu adalah seperti berikut:

a.      Amanah
Sifat ini merupakan sifat yang penting dalam islam. Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahguna kuasa dan kedudukan. Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan kecuaian. Di samping itu perlu bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan.
          Mereka juga menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Sentiasa berdisiplin semasa bertugas dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap diri sendiri. Pegawai juga bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kepada ketua jabatan.

b.      Benar
Pegawai kerajaan perlu mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan balasan. Bercakap benar dan menepati janji dengan tidak bercakap bohong dan mungkir janji. Semasa menjalankan tugas pegawai perlu memberi atau menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

c.       Bijaksana
Dalam menjalankan tugas, sesorang pegawai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam memberi keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan. Keseluruhan potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Kerja yang dijalankan itu, hendaklah kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
          Disamping itu, pegawai perlu mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi. Sifat bijaksana ini dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan profesionalisme perguruan.

d.      Bersyukur
Perasaan dan perlakuan yang menghargai anugerah dan nikmat yang diterima dalam masa menjalankan tugas. Menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak,begitu juga bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, dendam dan menabur fitnah.
          Pegawai perlu dalam keadaan tenang sekiranya dalam menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa. Perkara yang penting adalah berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

e.       Dedikasi
Bekerja dengan penuh minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari sebarang helah.
          Sanggup bekerja dengan berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan, begitu juga bekerja dengan penuh yakin dan tekun serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas, pegawai bekerja dengan menghasilkan kerja yang berkualiti. Pegawai juga perlu bertanggungjawab dengan penuh sabar, teliti dan ceria, tidak cuai dan merungut sebarang kerja yang diberikan kepadanya. Seorang pegawai perlu bersikap cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi sendiri.

f.       Ikhlas
Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, menerima tugas dan tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada menerima sebarang taggungjawab.
          Pegawai menjalankan tugas semata-mata utuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Dalam menjalankan tugas, seorang pegawai perlu memberi layanan yang baik tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan bersikap tidak pilih kasih, begitu juga bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Setiap pegawai bekerja dalam semangat saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

g.      Penyayang
Pegawai mempunyai perasaan dan perlakuan yang meunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat dalam menjalankan tugas. Bersikap pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri. Pegawai perlu menganggap setiap orang mempunyai harga yang perlu dihormati, tanpa sebarang prasangka buruk dengan bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugasnya.
          Bekerja dengan menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan dan bersifat simpati, empati dalam menjalankan tugas seharian.







8.      CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat  tanda  yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. Untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang cemerlang ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan.
Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kedudukan guru sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang. Di tangan guru sendiri martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan. Oleh itu, antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru cemerlang bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah :
1.      Mengamalkan kemahiran profesional
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak  selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia ( Dr. Ragbir Kaur, 2007 ). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa ( Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia ).
            Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara.Kemhiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

2.      Bersifat professional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
Craft ( 2002 ) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang professional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang professional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mok Soon Sang ( 2007 ), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru juga perlu mengaplikasikan teknologi maklumat      ( ICT ) di dalam bilik darjah melalui program SLE ( smart Learning Environment ) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing dan graphing ( Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007 )

3.      Bertindak sebagai penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur ( 2007 ), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah meghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

4.      Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu
Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalaman jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru ( Ragbir Kour ( 2007 ). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk kea rah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

5.      Bertindak sebagai pembentukan nilai / Role model
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour ( 2007 ) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadicontoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng ( 2003 ) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif memalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

6.      Mengamalkan pengajaran efektif
Menurut Mak soon Sang ( 2007 ) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran.
a.      Perancangan pengajaran
Clarke and Cutler ( 1990 ) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.

b.      Pelaksanaan pengajaran
Mok Soon Sang ( 2002 ), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam racangan mengajar.
c.       Penilaian pengajaran
Ingham ( dalam Saedah Siraj, 2000 ) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian  dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.


7.      Kemahiran dalam penggunaan ICT

Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

8.      Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak

Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu meyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yag terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

9.      Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan Kreatif

Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi juga terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

10.  Menyedari tanggungjawab.

Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan dan wawasan. Para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap:
a.       Pelajar : Seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni.
b.      Ibu bapa : Mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka.
c.       Masyarakat dan negara : Mengelak dan menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
d.      Rakan sejawat dan profesion : Mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat  serta membantu rakan sejawat.

11.  Menjadi Guru Berkualiti

Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai ciri-ciri guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penubuhan Institut Aminudin Baki ( IAB ) adalah untuk meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan para guru yang lebih efisien.

12.  Menjadi guru yang berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?. Ia merangkumi sebagaimana yang berikut :
1.      Bersikap professional
2.      Mempamirkan ciri-ciri kekuatan teori.
3.      Kaya ilmu pengetahuan
4.      Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
5.      Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.
6.      Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7.      Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8.      Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
9.      Melengkapkan diri dngan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
10.  Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11.  Mempastikan situasi ‘guru mengajar murid belajar’wujud di dalam kelas.
12.  Berupaya melahirkan ‘persekolahan bewatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13.  Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
14.  Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu )
15.  Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16.  Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17.  Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Para sarjana pendidikan islam telah mengemukakan berbagai-bagai sifat yang perlu dimiliki oleh guru Pendidikan Islam khususnya dan kepada guru-guru amnya. Sifat-sifat tersebut adalah saling melengkapi. Ini menunjukkan guru juga perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang mulia di sisi agama islam. Ciri-ciri guru yang baik dalam konteks profesionalnya sebagai seorang guru muslim adalah tidak terlepas daripada ibadat. Di antara sarjana Pendidikan Islam terkemuka ialah As-Syaibani Omar Muhamad  al-Tourmy ( 1979 ). Beliau telah menggariskan sifat dan ciri seorang guru muslim seperti berikut :
a.       Sifat Rohaniah
b.      Sifat-sifat Akhlak
c.       Sifat mental, kejiwaan dan Jasmani




9.      TUGAS-TUGAS GURU CEMERLANG

1.      Menghasilkan inovasi, projek, kajian tindakan dan penulisan
2.      Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
3.      Menjadi pakar rujuk subjek dan pentadbir sekolah
4.      Membantu guru dan jabatan
-          Membantu guru-guru yang bermasalah dalam P&P bagi bidang yang berkaitan
-          Membantu sekolah dan unit lain dalam pendidikan
5.      Penggerak pendidikan negara
-          Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara


10.  PERANAN PELAJAR
Pelajar merupakan modal insan yang akan dibentuk oleh guru. Kecemerlangan pelajar menjadi ukuran keberkesanan pengajaran dan pendidikan para guru serta dilihat oleh berbagai pihak. Kecekapan dan martabat profesion ini dilihat baik jika ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan sebalikya. Analisa Peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ), Penilaian Menengah Rendah      ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) dibuat setiap kali keputusan diumumkan dan analisa serta komen berbagai pihak akan dapat dilihat.
            Pandangan umum juga melihat tahap disiplin pelajar di semua peringkat pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion perguruan. Sejak akhir-akhir ini, masalah pelanggaran disiplin hebat diperbincangkan. Kes-kes jenayah pelajar seperti peras ugut, pembunuhan, rogol, pelacuran, ponteng, vandalisme dan banyak lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan.
            Oleh itu, peranan para pelajar sendiri merupakan faktor pentig dalam meningkatkan profesion ini. Pelajar mesti menyambut baik program dan dasar yang telah ditetapkan demi untuk kesejahteraan mereka. Pelajar yang bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu model telah dirangka bagi menunjukkan kepentingan hubungan antara pencapaian akademik dengan motivasi. Motivasi dan matlamat ini mendorong pelajar yang cemerlang disiplin dan cemerlang akademik.

11.  PERANAN IBU BAPA DAN ANGGOTA MASYARAKAT
Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh mengangkatkan martabat guru. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah. Penglibatan anggota masyarakat dalam proses pndidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ). Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampug ( JKKK ) , Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), Jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta pihak Polis harus berdamping dengan sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep ‘School-Home-Community Partnership’ perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan  guru. mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fugsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

12.  PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN ( NGO )
Penglibatan badan bukan kerajaan ( NGO ) dan pertubuhan-pertubuhan belia seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan lain-lain juga penyumbang kepada peningkatan martabat profesion perguruan melalui aktiviti-aktiviti penerangan kepada ahli. Sebahagian besar ahli NGO terdiri dari kalangan guru-guru muda dan pelajar yang masih aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi dan gotong-royong adalah antara aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut.
            Selain itu, antara pihak yang menyumbang kepada memartabatkan profesion perguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan-kesatuan guru. Pihak swasta juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu kegiatan sekolah dan guru-guru di dalam proses pembinaan ilmu ini. Pihak swasta boleh mengambil sekolah-sekolah berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk membantu program-program kecemerlangan di sekolah-sekolah angkat tersebut. Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan. Kesatuan-kesatuan guru juga memainkan peranan dalam memperjuangkan kebajikan guru demi meningkatkan martabat guru

13.  KESIMPULAN :
            Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia khasnya golongan pendidik. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 hb Febuari 1991. Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikanMalaysia sebagai negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah negara maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Perkara ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang, progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini juga bermatlamatkan perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju di masa hadapan. Sebagai kesimpulannya, peningkatan martabat profesion perguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini, inshaallah akan dapat menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan setakat Wawasan 2020 bahkan melangkaui masa-masa selepasnya.
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang dibentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan dan mengamalkan kemahiran professional mampu menyediakan generasi muda utuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Bibliografi
Abdul Halim Muhammad ( 2003 ). Keberkesanan Pendidikan Islam di peringkat rendah

dan pembentukan peribadi Muslim. Dlm. Suzalie Muhammad ( ed ). Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM )

Abdullah Nasih Ulwan ( 2002 ). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Terjemahan.

Ahmad Semait Syed. Pustaka Nasional Singapura

Alis Puteh, Pedagogi: Strategi Pengajaran Kontemporari yang berkesan. Jitra :

Percetakan Ustaras Sdn. Bhd, 2012

Baharom Mohamad, Bagaimana Memotivasi Pelajar: Teori, konsep dan Kepentingan.

Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2009.

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh ( 2007 ). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI    

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Mengurus Sumber di Sekolah. Subang

Jaya: Straits Digital Sdn Bhd,2008.

Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 101 Senarai Penting bagi Pembantu Guru.

Kepong: Cetakrapi Sdn Bhd, 2006

Kamus Dewan, Edisi keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.

Mohd Salleh Lebar, Perancangan Pendidikan. Kuala Lumpur: S Anom Printing

Corporation Sdn Bhd, 2002.

Mak Soon Sang ( 2007 ).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3: Profesional

Keguruan ) Sekolah Rendah.

Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, Legasi Kepimpinan Pengetua Cemerlang

Malaysia. Batu Caves: Percetakan Selaseh Sdn Bhd, 2011

Mohd Azam Mahat, Guru: Pendidik, pengajar atau pendakwah. Puchong: Maxima

Colour Separation Sdn Bhd, 2009.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, Shaffie Mohd Daud, Karektor guru. Klang:

Yeohprinco. Sdn Bhd, 2010

Professor  Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak  ( 26-28 Disember 2006 ). Peningkatan

Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh

Saedah Siraj ( 2001 ). Perkembangan Kurikulum : Teori dan amalan, Selangor. Alam

Pintar

Sidek Baba.( 2010, bil 26) Aku Dipanggil Cikgu. Solusi. Telaga biru sdn bhd

Tengku Ghani Tengku Jusoh ( 2002 ). Kalimah al-ta’lim dan al-tarbiyyah menurut al-

quran. Kertas Kerja Seminar Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.








Konsep kepimpinan dan perubahan dalam pendidikan

TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN ( KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ) 1.0      Pendahuluan : Setiap kita a...