TAJUK : KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN
(
KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN )
Setiap
kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas
kepimpinannya. ( HR. Bukhari dan Muslim )
Berbagai
masalah muncul dalam kehidupan seharian kita, namun dalam era globalisasi ini,
yang kuat akan menguasai yang lemah,
sehingga tiada apapun yang berkuasa sendiri, termasuk dalam bidang pekerjaan
melainkan hanya menerima dan mengikuti sahaja.
Globalisasi merupakan perubahan sejarah dan kita tidak dapat
mengelak daripadanya kecuali kita tahu cara mengendalikannya jika sekiranya
kita berani untuk berhadapan dengannya. Kita harus tahu bahawa, untuk menjadi
seorang yang berani, kita seharusnya memiliki kekuatan dan ketahanan peribadi. Sekiranya tidak, maka kita hanya
akan menjadi hamba kepada mereka yang lebih berkuasa tersebut.
Era globalisasi memberikan kesan
yang mendalam dalam kehidupan kita. Diantaranya ialah, persaingan yang semakin
dahsyat dan perubahan di masa kini dan akan datang, tetapi berubah menjadi
lebih pesat dan berpengaruh. Namun, kita akan dapati bahawa perubahan telah ada
dalam kehidupan manusia. Contoh terdekat adalah persaingan diantara sperma
sewaktu awal kejadian manusia yang mana berjuta-juta sperma berlumba-lumba
untuk menjadi pemenang dalam persaingan itu. Maka, setelah ada sperma yang
berjaya dalam persaingan tersebut, lalu terjadilah
perubahan-perubahan tersebut. Perubahan tersebut
berterusan sehinggalah bayi lahir dan terus membesar
sehingga dewasa, tua dan seterusnya. Perkara ini membuktikan bahawa persaingan
dan perubahan adalah satu kepastian yang datangnya dari allah yang maha
pencipta.
Menurut Winardi, apabila berbicara
mengenai kepimpinan dan perubahan pastilah keduanya memiliki perkaitan.
Bagaimanakah perkaitan tersebut terjadi, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan
dengan masalah pendidikan, yang mana ianya memerlukan penyelidikan yang lebih halus agar dapat
diatasi apabila berlakunya sebarang perubahan dan dapat menentukan apakah
tindakan yang harus dilakukan, bagaimana mengatasinya samaada secara positif mahupun negatif. Oleh itu kita tidak perlu risau akan
perubahan tersebut.
Faktor
luaran ialah penyebab perubahan yang
berasal dari persekitara luaran. Seorang pemimpin haruslah peka dengan setiap perubahan yang berlaku dalam persekitarannya. Di antara faktor luaran adalah teknologi, pemerintahan, desakan hidup dan
faktor globalisasi.
Menurut Griffin ( 2010 ),
perkembangan kemajuan teknologi adalah faktor utama berlakunya perubahan. Faktor teknologi tersebut telah menyebabkan
berlakunya berbagai-bagai perubahan lain. Contoh perubahan yang berlaku adalah,
cara kerja, jumlah, kompetensi dan kualiti yang diperlukan. Selain itu juga
sistem pengajian, struktur organisasi, penggunaan peralatan baru juga adalah
kesan yang berlaku disebabkan perubahan dari segi teknologi tersebut. Dengan perubahan dari
segi teknologi tersebut maka kebanyakan tugas manusia juga telah diambil alih oleh
teknologi tersebut.
Sekolah adalah organisasi yang
diselenggara hasil daripada masyarakat yang bergantung pada sistem
pemerintahannya. Sekolah harus patuh pada sistem pendidikan yang telah
ditetapkan. Apabila wujudnya dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh pemimpin,
maka sekolah juga wajib akur dan melaksanakannya. Perubahan
yang dilakukan akan memberi kesan kepada hasil
dalaman, cara kerja, kualiti dan pencapaian akademik yang dicapai. Di
sebabkan itu, sekolah wajib melaksanakan dan menjalankan sebarang bentuk
perubahan yang diarahkan dan digubal.
Sebagaimana organisasi lain, sekolah
juga adalah agen masyarakat yang sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan. Oleh itu
produk sekolah adalah kejayaan yang berjaya dicapai oleh anak-anak murid.
Disebabkan itu, sekolah seharusnya berusaha melahirkan dan menghasilkan produk
terbaik sepanjang masa. Sekolah harus sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk terbaik
dan memberi kepuasan pada hati
pelanggan.
Sejak kebelakangan ini,
perubahan globalisasi adalah sesuatu
yang tidak dapat dibendung lagi. Sekolah adalah organisasi yang tidak dapat
lari daripada tuntutan perubahan tersebut. Tiada istilah pengecualian dalam menghadapi perubahan tersebut. Di sebabkan itu, pelbagai
strategi dan kaedah dilaksanakan seperti penerapan ISO, total Quality
Management, peningkatan kualiti dan kompetensi guru dan berbagai lagi.
Penerapan dan pelaksanaan strategi dan kaedah tersebut akan mengubah keadaan
suasana sekolah khususnya perkara berkaitan dengan organisasi.
Faktor
dalaman adalah penyebab berlakunya
perubahan yang berasal dari dalam sekolah tersebut, diantaranya adalah hubungan antara komuniti sekolah, sistem kerja dan masalah kewangan. Hubungan
diantara warga sekolah yang kurang harmoni adalah masalah yang biasa terjadi
terutamanya masalah berkaitan hubungan ketua dan guru bawahan dan masalah
berkaitan sesama kakitangan. Masalah yang sering timbul adalah diantara ketua
dan guru biasa yang biasanya berkaitan masalah membuat keputusan dan juga
komunikasi yang kurang berkesan. Masalah yang berkaitan dengan kepimpinan biasanya
akan menyebabkan munculnya pelbagai masalah negatif kakitangan bawahan yang
menyebabkan pelbagai tingkahlaku dan masalah
negatif yang kurang menguntungkan seperti masalah lewat di kalangan guru,
sering MC dan sebagainya. Apabila permasalahan ini tidak dibendung,
berkemungkinan akan berlanjutan sehingga menyebabkan menjadi semakin serius dan
masalah guru akan menjadi lebih serius lagi. Interaksi diantara guru dengan
pentadbir juga kadangkala menghadapi masalah. Kerap kita dengar bahawa masalah
terjadi disebabkan oleh perselisihan faham dan interaksi yang bermasalah antara
guru dengan pentadbir. Di sebabkan itu, apa sahaja perubahan yang ingin
dilaksanakan akan menghadapi masalah dan mejadi sukar untuk dilaksanakan.
Masalah utama diantara guru dengan
pentadbir adalah komunikasi diantara mereka dan terdapatnya jurang yang
menyebabkan perselisihan sering berlaku. Masalah ini timbul adalah disebabkan
oleh sikap pentingkan diri sesama warga didalam sesebuah sekolah tersebut. Konflik yang terjadi mungkin akan menjadi lebih parah apabila tidak
diatasi. Oleh sebab itu, perubahan terpaksa dilakukan demi mengatasi dan
membendung masalah supaya tidak berlanjutan dan lebih parah lagi.
Di samping itu, sistem dan cara
kerja juga adalah penyebab berlakunya masalah sedemikian. Oleh sebab itu,
perubahan terpaksa dilakukan. Masalah yang timbul akan menyebabkan perkaitan dan merebaknya kepada infrastruktur sekolah
juga. Cara kerja yang terlalu birokrasi dan ada kalanya terlalu bebas juga akan
menyebabkan organisasi di sekolah menghadapi masalah dan cara kerja yang tidak
efisien. Sistem yang terlalu kaku akan menyebabkan
hubungan antara kakitangan menjadi sepi dan mengakibatkan rendahnya semangat kerja dan seterusnya produktiviti kerja.
Begitu
juga apabila sistem yang digunakan terlalu bebas, maka perubahan dalam sistem
organisasi sepatutnya dilakukan. Perubahan adalah melibatkan perubahan struktur
dan hubungan antara sesama kakitangan. Sebarang perubahan juga sangat
memerlukan modal dalam bentuk kewangan yang mana ianya merupakan satu masalah
yang agak sukar untuk ditangani. Sumber kewangan amat sukar untuk diperolehi.
Oleh sebab itu perubahan terpaksa dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
1.
Fasa Permulaan : Menyenaraikan
masalah dan mengambil keputusan utuk membuat perubahan secara lebih mendalam
2.
Fasa Perancangan : Berkaitan
pengumpulan informasi untuk
mengenalpasti masalah, menetapkan sasaran dan mengambil tindakan yang tepat
sebelum mengambil keputusan untuk melakukan perubahan.
3.
Fasa tindakan : Pelaksanaan
perubahan berkaitan bagi menggerakkan organisasi dan mewujudkan pasukan pelaksana
4.
Fasa Integrasi : Berkaitan
penyatuan dan penstabilan perubahan yang meliputi penghargaan, maklum balas dan
latihan.
Perubahan
tidak terancang merupakan anjakan aktiviti organisasi kerana adanya kekuatan
yang berada di luar kawalan organisasi. Lima aspek perubahan ini adalah :
1.
Perubahan struktur organisasi
2.
Perubahan budaya organisasi
3.
Penerapan pembelajaran organisasi
4.
Perubahan perilaku pengurusan
5.
Tekanan kuasa dan politik.
Kurt Lewin
dan Schein berpendapat bahawa perubahan
yang berjaya dalam sesuatu organisasi hendaklah mengikuti empat langkah iaitu 1
) keinginan untuk berubah dan terjadi pada setiap individu, 2 ) Pencairan yang
meliputi pemberian dorongan, pujukan dengan mengurangkan ancaman serta ugutan,
3 ) Merubah setiap individu melalui pembelajaran. 4 ) Memantapkan perubahan
baru. Perubahan yang dirancang akan berjaya dilaksanakan apabila sesuatu organisasi memiliki kepimpinan yang kuat. Ia juga
berkaitan dengan visi sekolah yang jelas
Dalam menangani perubahan, atau
memperhalusi tranformasi, pentadbir sekolah harus memimpin perubahan dengan kepimpinan tranformasi. Oleh sebab itu
kepimpinan ini harus ditekankan dengan kepimpinan
pembelajaran.
1.3 Sebab-sebab perubahan :
Pendidikan
sentiasa berkembang. Perkembangan pendidikan tidak akan dapat dicapai sekiranya
strategi yang dijalankan adalah tidak proaktif dan reaktif. Perkembangan
pendidikan lebih luas lagi terutamanya perkembangan ilmu pengetahuan dan
teknologi, peluang pekerjaan dan kebijaksanaan pemerintah.
Perkembangan yang berlaku dalam dunia
pendidikan akan menjadikan sistem itu
lebih efektif. Perkembangan yang efektif akan menjadikan sistem pendidikan yang
berjaya merubah organisasi yang terlibat sesuai dengan perkembangan semasa.
Secara teorinya, perkembangan yang berlaku dalam organisasi sekolah adalah
bersesuaian dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.
Perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan adalah petunjuk manusia di masa hadapan. Menurut Griffin ( 2010 )
sistem pendidikan pada abad ke 21 menunjukkan bahawa cara berfikir manusia adalah ke arah kreatif dan inovatif.
Pada masa itu manusia mampu berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah, mampu
membuat keputusan yang tepat dan belajar bagaimana cara belajar yang baik. Selain itu, dari segi cara kerja
pula adalah meliputi komunikasi dan kerjasama antara kakitangan. Seterusnya adalah dari segi kemudahan yang meliputi teknologi dan komunikasi.
Perubahan
yang dilakukan adalah disebabkan lingkungan strategik samaada dari segi dalaman
mahupun luaran sesebuah organisasi. Organisasi yang stabil adalah organisasi
yang cemerlang di masa kini dan masa hadapan kerana cara dahulu dapat
digunapakai kini dan masa akan datang.
Perubahan
yang dilakukan adalah untuk memperbaiki diri dengan keadaan dan halangan serta berjaya menghadapi halangan
dengan keadaan masa kini dan masa hadapan. Menurut Fulan ( 2004 ), terdapat 5 bentuk perubahan yang meliputi perubahan cepat,
perubahan yang terjadi di sebabkan masalah dalam lingkungan strategik
organisasi, faktor rasional dalam organisasi dan cara kerja dalam organisasi. Perubahan
tidak dapat dikendalikan, tetapi dapat difahami dan menjadi petunjuk untuk
melakukan perubahan. Kita bukan hanya
melakukan perubahan tetapi yang lebih penting adalah mencipta perubahan.
Setiap
perubahan mengandungi tujuan tertentu yang sesuai dengan perubahan yang
diperkenalkan oleh kerajaan, kemajuan teknologi dan lain-lain. Apa pun bentuk
tujuan yang hendak dicapai, maka setiap perubahan hendaklah diselesaikan dengan
baik mengikut langkah-langkah tertentu. Sehubungan
itu, langkah-langkah untuk menghadapi perubahan yang berlaku di sekolah adalah
seperti memberikan kesedaran kepada warga sekolah bahawa perubahan adalah
penting untuk dilaksanakan. Perubahan juga adalah perlu untuk dilaksanakan dan
penyeimbangan adalah perlu setelah perubahan dilaksanakan..
Langkah pertama dalam melaksanakan
perubahan adalah menimbulkan kesedaran akan pentingnya perubahan dilaksanakan.
Dalam hal ini, seluruh warga sekolah berperanan penting dalam mengambil
bahagian dan memahami tugas masing-masing bagi menjayakan lagi perubahan
tersebut. Kejayaan dan kegagalan sesuatu perubahan adalah bergantung kepada
cara pelaksanaan dan cara mereka menangani sebarang perubahan tersebut. Oleh
sebab itu, sebelum perubahan dilaksanakan, warga sekolah perlulah bersedia terlebih dahulu.
Setelah timbul kesedaran akan kepentingan
perubahan dan perlu dilaksanakan, maka perubahan yang sebenar hendaklah
dilaksanakan. Perubahan tersebut akan memberi kesan yang setara bermula dari
perubahan asas kepada perubahan yang lebih kompleks. Semasa perubahan
dilaksanakan, sekolah mungkin berada dalam keadaan kritis dan menjadi huru-hara
kerana kebanyakan warga sekolah telah melupakan peraturan lama sedangkan
peraturan yang baru masih belum sempurna. Keadaan sebegini sudah biasa berlaku
dan diikuti. Terutamanya perubahan sikap
dan tingkahlaku
Peringkat seterusnya adalah peringkat
untuk mengembalikan keadaan sekolah kepada keadaan sediakala. Setelah
dilaksanakan perubahan, berbagai peraturan baru dilaksanakan , begitu juga
dengan keadaan individu yang melaksanakannya yang mana perlu berubah dan
berperanan sesuai dengan keadaan organisasi yang baru. Ini bermakna, jika pada
peringkat permulaan sudah didapati berubah, maka ianya perlu ditutup kembali
apabila sudah mencapai maksud sebenar perubahan.
Menurut Rinci, Wallace dan Szilagyi (
1082: 386 ), mengatakan bahawa proses perubahan meliputi enam tahap iaitu,
pentingnya perubahan dilaksanakan, pengenalan bidang permasalahan,
mengenalpasti halangan, pemilihan strategi perubahan, pelaksanaan dan
penilaian.
Tahap seterusnya adalah mengenalpasti
halangan-halangan dalam melaksanakan perubahan. Halangan-halangan tersebut
merangkumi iklim kepimpinan, struktur, organisasi dan ciri-ciri ahli.
Pengurus ialah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan kerja dilaksanakan dalam organisasi melalui orang / pekerja. Pengurus merupakan individu yang merancang, menyusun, memimpinan dan mengawal pekerja (manusia) dan kerja-kerja dalam organisasi dengan cara-cara tertentu bagi organisasi mencapai maklamat. Peranan sebagai simbol - setiap pengurus mesti meluangkan masanya melakukan tugas-tugas keraian. Contohnya: - pengurus terlibat merasmikan upacara-upacara atau program. Begitu juga dengan seorang ketua jabatan, dia juga bertanggungjawab membawa tetamu yang berurusan dengannya untuk makan tengah hari. Peranan sebagai ketua - seorang pengurus, secara tidak langsung berperanan sebagai seorang ketua. Setiap pengurus mesti berfungsi sebagai ketua memotivasi dan memberi galakan kepada pekerja-pekerjanya.
Pengurus menggalakkan ahli-ahli unitnya setiap masa agar menjalankan tugas secara berkesan dalam mencapai matlamat unit dan organisasi di samping pelbagai masalah dan cabaran yang harus ditempuhi. Peranan sebagai pegawai perhubungan - Pengurus menyampaikan sesetengah daripada maklumat yang dikumpulkannya kepada individu-individu di luar unitnya atau mungkin juga kepada pihak pihak tertentu di luar organisasinya. Pengurus meluangkan masa yang banyak berinteraksi dengan masyarakat beliau bertindak sebagai media perhubungan antara jabatannya dengan mereka yang dalam dan di luar organisasinya. Peranan sebagai jurucakap - pengurus biasanya menjadi jurucakap kepada organisasinya. Contohnya, seorang penyelia sentiasa memastikan pengurus operasi mendapat maklumat terkini tentang perjalanan logik pengeluaran. Peranan sebagai perunding - Pengurus diwajibkan untuk memikirkan penyelesaian untuk setiap masalah. Tanpa kira tahap kesukaran masalah. Seseorang pengurus perlu meluangkan banyak masa dimeja perundingan kerana secara tidak langsung. Dia juga memainkan peranan sebagai perundingan. Contohnya, seorang pengurusan akan berunding dengan ketua kesatuan sekerja bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dalam masalah pembayaran gaji.
Peranan sebagai pencetus - sejak akhir-akhir ini, dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Chirstopher Bartlett (Dessler, G: 2001) menekankan aspek tambahan dalam peranan pengurus, iaitu sebagai pencetus kepada tindak balas dan perubahan syarikat yang cemerlang. Pemimpin Pengurus dan pemimpin merupakan suatu konsep yang berbeza. Perbezaan yang ketara dapat dilihat ialah pengurusan mempunyai autoritinya dari pihak atasan berdasarkan kriteria ditetapkan. Sebaliknya pemimpin diberi oleh ahli atau pengikutnya. Definisi pemimpin ialah mereka yang mampu untuk mempengaruhi orang lain dan sesiapa yang menjadi sebahagian daripada pengurusan.
Apakah kepimpinan ? Apakah perbezaan antara menjadi seorang pengurus dan menjadi seorang pemimpin ? Adakah syarat - syarat ini sinonim ? Pengurusan guru Peter F Drucker pernah berkata , ' pengurusan melakukan perkara yang betul ; kepimpinan adalah melakukan perkara yang betul . Perbezaan tertentu boleh dibuat di antara pengurus dan pemimpin . Walaupun pengurus dilantik dan mempunyai kuasa yang sah dalam organisasi , pemimpin adalah seseorang yang boleh memberi kesan kepada orang lain dan mempunyai kuasa pengurusan. Peranan pengurusan adalah untuk menggalakkan pertumbuhan dan inovasi . Pada dasarnya kedua - dua pengurusan dan kepimpinan sama - sama diperlukan untuk pembangunan mampan dan pertumbuhan organisasi .
Pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan mereka dihormati dan disanjung sebagai seorang pemimpin. Keliber bergantung kepada beberapa ciri kualiti yang patut mereka miliki seperti berikut: -ɤ Mempunyai wawasan dan meletakkan golɤ Mengambil risikoɤ Mengguna dan melatih pemimpin yang lainɤ Kurangkan kuasaɤ Mempercayai dan setia kepada pengikutɤ Berkongsi kejayaanɤ Menerima tanggungjawabɤ Seorang yang kongruenɤ Mempunyai standard etika tersendiriɤ Seorang yang tegas (Consistent ) Jenis atau tahap pengurusan dikenali juga sebagai Hirarki Pengurusan (Managerial Hierarchy). Tahap-tahap pengurusan terbahagi kepada tiga: -ɤ Pengurusan Atasan - peringkatan pengurusan Atasan (Eksekutif) berada diperingkat paling atasdikenali sama ada sebagai Presiden atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Terlibat dalam tugas-tugaspenetapan misi, strategi dan objektif organisasi.ɤ Pengurusan Pertengahan - Kedudukan
Pengurusan Pertengahan adalah pengurus-pengurus dibawah pengurusan peringkat atasan yang biasanya terdiri daripada supervisor, dekan kolej, pengarah projek dan penyelia jualan kawasan. Pengurus pada peringkat ini menerima strategi, misi objektif daripada pengurus atasan dan kemudian merangka perancangan untuk mencapai misi dan objektif ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan.ɤ Kedudukan garisan pertama - Kedudukan Pengurusan Barisan pertama. Bertanggungjawab dalam mengawal dan memastikan semua kerja yang dilakukan oleh pekerja bawahan. Kepimpinan (Leadership) pula adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan kearah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepimpinan terbahagi kepada empat seperti berikut:; ɤ Kepimpinan Autokratik (autocratic leadership) adalah 'penyelia' tertutup 'menyediakan pekerja dengan manual kerja mendalam dan banyak iaitu pengurus menerangkan bagaimana kerja dilakukan dan pengurusan merasakan mereka patut merancang dan membuat keputusan bagi pihak pekerja. Pekerja tiada hak bersuara dan mereka mesti mengikut keputusan yang telah di buat oleh pegurus.
Pemimpin Demokratik (democtric leadership) adalah 'penyeliaan terbuka' Pengurusan memberikan penerangan jelas terhadap isu-isu berkaitan dengan aktiviti kerja, masalah yang dihadapi dan tindakan penyelesaian yang perlu di ambil oleh pekerja. Keputusan dibuat dengan mengambil kira pendapatan perkerja dan pengurusan. Pekerja ada hak untuk bersuara dan pengurus akan mendengar serta mempertimbangkan pendapat pekerja.ɤ Kepimpinan Laissez-Faise (Laissez-Faire leadership) ialah jenis kepimpinan di mana majikan ataupengurus melepaskan kuasa dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja. Pengurusan ataumajikan hanyalah bertindak sebagai tempat rujukan pekerja. Risiko daripada keputusan atau nasihatyang diberikan oleh pengurus hasil daripada rujukan yang dibuat oleh pekerja nanti adalah tanggungjawab pekerja. Pengurusan tidak bertanggungjawab di atas nasihat yang diberikannya.
Pekerja mempunyai kebebasan penuh dalam bertindak dan perlu mempertimbangkan dengan teliti segala nasihat dan keputusan oleh pengurus.ɤ Kepimpinan Amir adalah corak kepimpinan dalam Islam. 'Amir' maksudnya raja. 'Raja' perlu mentadbir dan seterusnya bertindak sebagai pengurusan atau ketua dengan berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan. Al-Quran dan al-Sunnah. Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimnpin dengan mematuhi arahan pemimpin. Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang diberikan kepadanya oleh organisasi atau negara sebagai amanah bukan sahaja amanah daripada pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah.
Menurut stoner kepimpinan adalah sebagai proses mengarahkan dan mempengaruhi kegiatan yang berhubungan dengan tugas . Ada tiga implikasi penting , pertama , kepimpinan melibatkan orang lain ( bawahan atau pengikut ) , kualiti seorang pemimpin ditentukan oleh bawahan dalam menerima pengarahan dari pemimpin . Kedua , kepemimpinan merupakan pembahagian yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli kumpulan .
Pemimpin mempunyai kuasa untuk mengarahkan beberapa dari kegiatan anggota kumpulan dan sebaliknya anggota kumpulan atau bawahan secara tidak langsung mengarahkan kegiatan pimpinan . Ketiga kepimpinan disamping dapat memberi kesan kepada bawahan juga mempunyai pengaruh . Dengan kata lain seorang pimpinan tidak boleh mengatakan kepada bawahan apa yang harus dikerjakan tetapi juga memberi kesan kepada bagaimana bawahan melaksanakan perintah pemimpin .
Kejayaan atau kegagalan seseorang pemimpin banyak ditentukan atau dipengaruhi oleh sifat-sifat yang dimiliki oleh peribadi seorang pemimpin. Sifat-sifat itu ada pada seseorang kerana pembawaan dan keturunan. Jadi, seseorang menjadi pemimpin kerana sifat-sifatnya yang dibawa sejak lahir, bukan kerana dibuat atau dilatih.
Dalam pengertiannya, kuasa adalah kualiti yang melekat dalam satu interaksi antara dua atau lebih individu
(a quality inherent in an interaction between two or more individuals). Jika setiap individu mengadakan interaksi
untuk mempengaruhi tindakan satu sama lain, maka yang muncul dalam interaksi tersebut adalah pertukaran kuasa.
Orang-orang yang berada pada puncak pimpinan suatu organisasi seperti pengurus, pengarah, kepala dan sebagainya,
mempunyai kuasa power) dalam konteks mempengaruhi perilaku orang-orang yang secara struktural pengatur berada
di bawahnya. Sebahagian pimpinan menggunakan kuasa dengan efektif, sehingga
mampu menumbuhkan motivasi bawahan untuk bekerja dan melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Pendekatan tingkah laku merupakan pendekatan yang berdasarkan pemikiran bahawa kejayaan
atau kegagalan pemimpin ditentukan oleh sikap dan gaya kepimpinan yang dilakukan oleh pemimpin.
Sikap dan gaya kepimpinan itu tampak dalam kegiatan sehari-hari, dalam hal bagaimana cara
pemimpin itu memberi perintah, membahagi tugas dan sewenangnya, cara berkomunikasi,
cara mendorong semangat kerja bawahan, cara memberi bimbingan dan pengawasan, cara membina
disiplin kerja bawahan, cara menyelenggarakan dan memimpin rapat anggota, cara mengambil
keputusan dan sebagainya.
Pendekatan situasi biasa disebut dengan pendekatan kontingensi. Pendekatan ini adalah berdasarkan
atas andaian bahawa kejayaan kepimpinan suatu organisasi atau institusi tidak hanya bergantung atau
dipengaruhi oleh perilaku dan sifat-sifat pemimpin sahaja. Tiap organisasi atau institusi mempunyai
ciri-ciri khusus dan unik. Bahkan organisasi atau institusi yang sejenis pun akan menghadapi masalah
yang berbeza kerana persekitaran yang berbeza, semangat, watak dan situasi yang berbeza-beza ini
harus dihadapi dengan tingkah laku kepimpinan yang berbeza pula. Pada dasarnya kepemimpinan
merupakan proses pengaruh sosial dalam hubungan interpersonal, penetapan keputusan, dan
pencapaian matlamat. Masalahnya adalah bagaimana agar Kepemimpinan dapat berlangsung secara
berkesan. Maka dari itu dalam kepimpinan terdapat beberapa Pendekatan Kepimpinan.
Sudah diketahui bahawa kepimpinan dalam pengurusan pendidikan sangat diperlukan dalam
pengurusan pendidikan kerana pada dasarnya setiap institusi atau lembaga pendidikan diperlukan
seorang pemimpin, alasan pemiliham judul didalam artikel ini adalah untuk mengetahui hakikat
pemimpin, jenis-jenis dari pemimpin, dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan
dalam pengurusan pendidikan. Menurut Bachtiar Surin yang dikutip oelh maman UKAS bahawa
perkataan khalifah bermakna penghubung atau pemimpin yang ditugaskan untuk menyampaikan
atau memimpin sesuatu. Dalam kegiatannya bahawa pemimpin mempunyai kuasa untuk mengerahkan
dan mempengaruhi orang bawahannya berhubung dengan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
Pada tahap pemberian tugas pemimpin harus memberikan suara arahan dan bimbingan yang jelas,
agar bawahan dalam melaksanakan tugasnya dapat dengan mudah dan hasil yang dicapai sesuai
dengan tujuan yang telah ditetapkan.
Menurut kudrat serta irodatnya bahawa manusia dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Sejak Adam
diciptakan sebagai manusia pertama dan diturunkan ke Bumi, Ia ditugaskan sebagai Khalifah fil ardhi.
Sebagaimana termaktub dalam Al Quran Surat Al Baqarah ayat 30 yang berbunyi: "Ingatlah ketika
Tuhanmu berfirman kepada malaikat"; "Sesungguhnya Aku akan mengangkat Adam menjadi Khalifah
di muka Bumi". Menurut Bachtiar Surin yang dikutif oleh Maman UKAS bahawa
"Perkataan Khalifah bererti penghubung atau pemimpin yang ditugaskan untuk menyampaikan atau
memimpin sesuatu".
Dari Huraian tersebut jelaslah bahawa manusia telah dikurniakan sifat dan sekaligus tugas
sebagai seorang pemimpin. Pada masa sekarang ini setiap individu sedar akan pentingnya ilmu sebagai
petunjuk / alat / panduan untuk memimpin umat manusia yang semakin besar jumlahnya serta
kompleks persoalannya. Atas dasar kesedaran itulah dan relevan dengan usaha proses pembelajaran
yang mewajibkan kepada setiap umat manusia untuk mencari ilmu. Dengan demikian usaha tersebut
tidak lepas dengan pendidikan, dan tujuan pendidikan tidak akan tercapai secara optimum tanpa adanya
pengurusan atau pengurusan pendidikan yang baik, yang selanjutnya dalam kegiatan pengurusan
pendidikan diperlukan adanya pemimpin yang mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang
pemimpin.
Menurut Soerjono Soekanto kepimpinan adalah proses memberi motivasi kepada orang lain untuk
bekerja dalam rangka mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Kemampuan dan keterampilan
seseorang yang menduduki jabatan sebagai pimpinan satuan kerja untuk mempengaruhi orang lain,
terutama orang bawahannya, untuk berfikir dan bertindak sedemikian rupa sehingga melalui tingkah
laku yang positif ia memberikan sumbangan nyata dalam pencapaian matlamat organisasi. Kegiatan
dalam membimbing suatu kumpulan sedemikian rupa sehingga tercapailah tujuan kumpulan itu yang
merupakan tujuan bersama (D. Weber).
Selain itu, kepimpinan bermaksud hubungan kerja antara ahli-ahli kumpulan di mana pemimpin
memperoleh status melalui penyertaan aktif Dan dengan memperlihatkan kemampuannya untuk
melaksanakan tugas kerjasama dengan usaha mencapai matlamat (Stogdill). Perilaku dari seseorang
apabila dia mengarahkan kegiatan-kegiatan dari kumpulannya ke arah pencapaian matlamat
(Hemphill dan Coons). Cara interaksi dengan orang-orang lain yang merupakan suatu proses sosial
yang merangkumi tingkah laku pemimpin yang diangkat (Jenings). Peranan pula adalah perilaku yang
ditetapkan dan diharapkan dari seseorang dalam kedudukan tertentu. Aspek dinamika dari status
(kedudukan) apabila seseorang atau beberapa orang atau sekumpulan orang atau oraganisasi yang
melaksanakan hak dan kewajipan sesuai dengan jabatanya (Soerjono Soekanto) Oleh itu, dikatakan
bahawa kepimpinan dalam perubahan dalam pendidikan adalah satu set tingkah laku yang diharapkan
dilakukan oleh seseorang sesuai kedudukannya sebagai seorang pemimpin. Terdapat beberapa
perkara yang perlu diperhatikan agar kepimpinan dapat berperanan dengan baik, antara lain.
Dasar utama dalam keberkesanan kepemimpinan bukan perlantikan atau penunjukannya, melainkan
penerimaan orang lain terhadap kepimpinan yang bersangkutan. Keberkesanan kepemimpinan
tercermin dari kemampuannya untuk tumbuh dan berkembang. Keberkesanan kepemimpinan menuntut
kemahiran untuk "membaca" situasi. Kemahiran dan Keupayaan tidak tumbuh begitu saja
melainkan melalui pertumbuhan dan perkembangan. Kehidupan organisasi yang dinamik dan serasi
boleh tercipta bila setiap ahli mahu menyesuaikan cara berfikir dan bertindaknya untuk
mencapai matlamat organisasi. Kepemimpinan dalam pendidikan hakikatnya melibatkan banyak
stake holder yang sangat berperanan penting dalam kelangsungan proses pembangunan kualiti
pendidikan, diantaranya adalah 1. Pentadbir Sekolah: Pentadbir Sekolah adalah pengelola
pendidikan di sekolah secara keseluruhan. Kedua, Pentadbir Sekolah adalah pemimpin formal
pendidikan di sekolahnya.2. Guru: Guru adalah pemimpin yang menentukan keadaan kemudahan
proses belajar mengajar di dalam kelas. Guru adalah pemimpin yag mewujudkan pelajar yang
berkualiti.3. Ibu bapa / Masyarakat: Ibu bapa adalah motivator peserta didik untuk proses
pembelajaran.
Peranan Pemimpin dalam organisasi adalah membantu mewujudkan iklim sosial yang baik,
membantu kumpulan untuk mengorganisasikan diri, membantu kumpulan dalam menetapkan prosedur
kerja, mengambil tanggungjawab untuk menetapkan keputusan bersama dengan kumpulan, memberi
peluang kepada kumpulan untuk belajar dari pengalaman. Dalam organisasi pendidikan antara lain
adalah sekolah, secara formal Pentadbir sekolah adalah Pemimpin keseluruhan, Sehingga Pentadbir
sekolah harus memahami fungsi kedudukan, diantaranya ialah membawa perubahan yang signifikan.,
mewujudkan Visi dan menuangkan Misi dalam kenyataan., menetapkan dasar dan matlamat yang
hendak dicapai, mempengaruhi, mendorong, mengajak, memimpin dan menggerakkan seluruh anggota
(Sumber kuasa) untuk mencapai matlamat yang telah disepakati bersama. Di antara kepimpinan dan
pengurusan tidak dapat dipisahkan. Pemimpin dalam mengurus atau menguruskan sekolah adalah
mengatur agar seluruh potensi sekolah berfungsi secara optimum dalam menyokong pencapaian
matlamat sekolah. Pentadbir sekolah mempunyai tugas merencanakan, mengorganisasikan,
menyelia, dan menilai, seluruh kegiatan pendidikan di sekolah. Berikut peranan Pentadbir
Sekolah dalam tugas dan tanggungjawabnya seperti mengurus proses belajar mengajar,
menganggarkan dan memperuntukkan sumber daya, mengurus pentadbiran Sekolah, mengurus
pembinaan kemuridan / kesiswaan, mengurus hubungan dengan masyarakat
Pemimpin
harus mempunyai kredibiliti dan reputasi yang hebat, agar ia
mampu memberikan inspirasi dan motivasi kepada setiap orang. Memotivasi dan
memberi inspirasi kepada setiap orang dalam setiap saat di kehidupan mereka,
untuk bersemangat dan bangkit bersama-sama dengan perubahan baru. Dan membuat
setiap orang menyedari bahawa perubahan itu penting, untuk mengubah hal-hal
yang tertinggal zaman dengan hal-hal baru yang sesuai peradaban.
Pemimpin
harus mempunyai kemahiran untuk dapat mengenali perubahan-perubahan penting,
serta mampu mengambil tempat di dalam hati setiap orang, agar semua orang dalam
organisasi boleh saling menyatu dan saling bersimpati, untuk membawa perubahan
itu ke arah yang lebih memberi manfaat positif buat organisasi dan orang
bawahannya
Pemimpin
harus boleh membangkitkan semangat dan ghairah perubahan dari setiap orang di
dalam organisasi untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat, serta berjuang dan bekerja keras untuk mendapatkan hasil
perubahan yang lebih baik dari rancangan yang ada. Pemimpin harus menyedarkan
setiap orang, agar selalu menggunakan cara-cara profesionalisme dalam bertindak
balas kepada setiap perubahan. Untuk itu, pemimpin harus duduk bersama semua
kekuatan sumber manusia, untuk menyatakan tentang perubahan-perubahan itu
dengan cara-cara penuh inspirasi dan profesional.
Pemimpin
harus bijak menggunakan tema perubahan
dalam organisasinya, sebagai satu cara untuk meningkatkan kelebihan daya saing perniagaan usahanya. Pemimpin harus menggambarkan perubahan itu secara nyata
dipandangan setiap orang, dan memberikan
contoh perubahan untuk dilihat setiap orang tentang kewujudan perubahan tersebut.
Pemimpin
harus memberi inspirasi kepada setiap orang, untuk menghadapi perubahan dalam
pekerjaan, untuk menghadapi perubahan dalam keluarga, untuk menghadapi
perubahan dalam hidup. Dan dalam semua aspek yang bertujuan untuk meningkatkan
semangat dan keyakinan diri organisasi, untuk memenangi persaingan dalam perniagaan yang ketat.
Pemimpin
harus mengajak dan memimpin setiap hati dan setiap fikiran, untuk berfikir dan
bertindak dalam semangat meningkatkan
semua potensi organisasi, agar mampu menangani semua potensi hebat secara lebih
baik, dengan cara mengubah hal-hal yang menghalang kejayaan organisasi
Pemimpin
harus bijak membimbing setiap orang untuk berhenti berwacana secara
berpanjangan. Dan, mengajak setiap orang untuk melakukan tindakan-tindakan yang
membantu organisasi. Tindakan yang tertumpu pada usaha meningkatkan prestasi,
dalam keupayaan pengurusan menghadapi perubahan yang tak pasti.Pemimpin harus selalu menggunakan pola atau model berfikir yang mudah dan jelas, agar setiap orang di dalam organisasi tidak terjebak dalam cara berfikir yang merumitkan, sehingga makna perubahan itu tidak menjadi kabur. Pola berfikir yang lebih sederhana akan mendekatkan semua penyelesaian terbaik melalui logik dan akal sehat, yang dapat diukur kebenarannya. Oleh kerana itu, berfikir sederhana akan membawa pemimpin dan pengikutnya dalam jalur yang tidak rumit untuk mencari segala bentuk penyelesaian terbaik, di mana semua penyelesaian itu masih boleh diukur kebenarannya dengan fikiran jernih yang berlogika bijak; semua penyelesaian terbaik pada dasarnya telah ada, hanya saja diperlukan kebolehpercayaan kepemimpinan yang kukuh dan kuat, untuk menjadi lebih sederhana, jernih, dan sabar dalam menyusuri laluan mudah menuju puncak pengeluar penyelesaian sebuah perubahan yang hebat dan bermanfaat.
Pemimpin yang gagah dan kuat pasti mampu menjadi bintang yang hebat, dalam setiap gerak
dan langkah ke perubahan yang lebih baik. Jadi sang pemimpin pembawa perubahan, yang
membahagiakan hati setiap orang dalam dakapan rasa damai dan rasa nyaman.
http://referensi-kepemimpinan.blogspot.my/2009/04/beberapa-pendekatan-dalam-kepemimpinan.html
Pendekatan Kepimpinan http://imammkurnia.blogspot.my/
http://diyanadevi-devirosdiyana.blogspot.my/
http://belajarpsikologi.com/pengertian-kepemimpinan-menurut-para-ahli/
http://carapedia.com/pengertian_definisi_perubahan_info2189.html
http://www.edukasiana.net/2012/09/pengertian-kepemimpinan-menurut-para.html#sthash.Ya4ZCJO0.dpuf
http://makalahmajannaii.blogspot.com/2013/06/kepemimpinan-perubahan-dalam-organisasi.html
http://www.leadership-park.com/new/more-about-u/kepemimpinan-perubahan.html