TAJUK :
KONSEP DAN CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
ISI KANDUNGAN
Bil
|
Tajuk
|
Muka
surat
|
1
|
Pendahuluan
|
1
|
2
|
Konsep
Profesion Keguruan
|
2-3
|
3
|
Definisi
Guru Cemerlang
|
3-4
|
4
|
Islam
Memandang Tinggi Profesion Perguruan
|
4-7
|
5
|
Peranan
Guru Menurut Pandangan Islam
|
7-13
|
6
|
Etika
Keguruan
|
13-20
|
7
|
Etika
Kerja
|
20-24
|
8
|
Ciri-ciri
Guru Cemerlang
|
25-32
|
9
|
Tugas-tugas
Guru Cemerlang
|
33
|
10
|
Peranan
Pelajar
|
33-34
|
11
|
Peranan
Ibu Bapa dan Anggota Masyarakat
|
34
|
12
|
Peranan
Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO )
|
35
|
13
|
Kesimpulan
|
35-36
|
14
|
Bibliografi
|
37-38
|
15
|
Lampiran
|
40
|
“ Allah
akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang
diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”
|
“Nescaya
allah akan meinggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa
yang kamu kerjakan”.
|
KONSEP DAN CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
1.
PENDAHULUAN
Keguruan
adalah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang professional, guru perlu melaksanakan
kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai
dengan nilai profesion ini. ( Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2007 ). Salah
satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi
RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini
kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi,bersikap kerjasama
dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah
yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di
dunia. ( Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam perhimpunan Bulanan
Kementerian Pelajaran Malaysia ). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang
bertajuk “Pendidikan Bertaraf Dunia kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran ( selepas ini ditulis p&p )” menjelaskan pendidikan
bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara sebagai satu bidang
yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang
berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.
Dalam usaha meningkatkan martabat
profesion perguruan yang cemerlang, maka pakatan bijak semua pihak hendaklah
digerakkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut
ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta
institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat,
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ), kesatuan-kesatuan guru dan pihak
swasta.
2.
KONSEP
PROFESION KEGURUAN
Profesion
merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengetahuan
sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan.
Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan (
Lieberman, 1956 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ),
‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi
dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,
perakaunan dan lain-lain. ‘Cemerlang’ pula ialah bersiar ( bercahaya ) dengan terang,
gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa imej
profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan
dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada
generasi pelajar. Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang
ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli professional akan mematuhinya
demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita
boleh menganggap bidang keguruan sebagai suatu profesion manakala guru-guru
merupakan ahli-ahli professional dalam profesion tersebut.
Konsep professional pula merujuk
kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu
profesion. Mengikut Ornstein dan Levine ( 1983 ), terdapat empat atribut dalam
suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam,
kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal
tingkah laku ahli-ahlinya serta kebenaran
/ persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Berdasarkan kenyataan di atas,
seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru
melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor
falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan
keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai professional.
Tambahan pula, profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah
laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan dan panduan seorang guru
semasa berkhidmat dalam profesion keguruan.
3.
DEFINISI
GURU CEMERLANG
Menurut
kamus dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.Seorang guru ialah
merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (
1990 ) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan
sosial yang saing berkait rapat dengan masyarakat. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggug jawab untuk mendidik
pelajar di sekolah.Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul
dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki
pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat,
guru mempunyai keterampilan membina kelompok untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Dalam bahasa arab pula, guru
dipangggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun
dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan
dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang
sebenar. Antara panggilan tersebut ialah al-Mu’allim (
menyampaikan ilmu yang benar ), al-Murabbi ( proses tarbiah atau mendidik ),
al-Mu’addib ( mengajar adab dan budi pekerti ) dan al-Mursyid ( membentuk
kepimpinan insan ).
Antara fungsi dan peranan guru ialah
guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin
memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka
terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus
memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan
praktikal pendidikan,menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.
Guru cemerlang adalah guru yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa
berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
cemerlang secara berterusan.
Menurut Hamachek ( 1971 ) menyatakan
bahawa guru yang berkesan adalah guru yang selalu melihat diri mereka sebagai
orang yang cemerlang. Konsep diri mereka dalam kebanyakan bahagian positif dan
selari dengan suasana optimis dan diwarnai dengan konsep penerimaan diri yang
sihat. Bukti klinikal telah membuktikan bahawa mana-mana individu yang berasa
lebih ceria, lebih produktif dan lebih berkesan hanya apabila dia mampu melihat
dirinya cukup sempurna. Perasaan yang positif tentu mempengaruhi seseorang
supaya berkelakuan lebih positif dan dari itu akan lebih berjaya dalam hidupnya
daripada mereka yang mempunyai gambaran diri yang rendah. Orang yang mempunyai
pandangan yang negatif terhadap dirinya
dan menghalang seseorang dari mencuba.
4.
ISLAM
MEMANDANG TINGGI PROFESION PERGURUAN
Guru adalah merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan
dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata islam merupakan murabbi,
muallim, muaddib, alim atau ulama’. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi
kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat
tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan allah. Perpaduan
kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling
menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Para pendidik
juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar.
Jika kita lihat, orang-orang islam telah diikat oleh satu peraturan supaya
hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi
dan tidak boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah
s.a.w dalam pembentukan negara islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat
yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam
satu masyarakat dan satu negara.
Sikap toleransi yang diterapkan oleh
guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan
integrasi nasional. Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta
menabur bakti utuk memberi pendidikan kepada anak bangsa kita. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan
serta pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru yang sentiasa
bertungkus-lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita.
Kita juga harus meletakkan martabat
guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa
depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan mereka yang
cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk
sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah
seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu,
profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.
Kerajaan menghargai sumbangan guru
dengan mengistiharkan tanggal 16 hb Mei pada setiap tahun bermula dari tahun
1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan
megenang segala jasa baik para guru. Guru adalah mereka yang menyampaikan ilmu
kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat,
bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang
amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup, sama ada
di dunia mahupun diakhirat. Seseorang muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta
amalnya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada allah. Ia bukan dinilai
dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah
telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi,
seperti yang ditegaskan oleh al-Quran :
Mereka
yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi
kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan
yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka
diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan
mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka
sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w selepas kewafatan
baginda.
Imam al-Ghazali menyatakan, “tidak
ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada
kemuliaan yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian”.
Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada matlamat atau tujuan
diutuskan Rasulullah s.a.w sebagai nabi dan rasul kepada umat manusia. Di
samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan
pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai
hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t berfirman dalam
surah al-Mujadalah, ayat 11 yang bermaksud :
Melalui ayat ini diperjelaskan
tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para guru atau pendidik.
Pendidikan adalah asset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset
yang bernilai pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri
atau keperibadian yang unggul. Guru perlu memiliki sifat dan ciri-ciri unggul
sebagai penyampai ilmu ( yang benar ), sebagai penyemai nilai luhur,
pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting
dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru yang
cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya
tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi,
bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta
amanah dalam menjalankan tugasnya.
Prinsip utama seorang guru yang
cemerlang ialah ia mesti faham bahawa tugas ‘mengajar dan mendidik serta
meneladan’ adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak
bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang,
membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan
akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai satu ibadah. Oleh
itu, seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi
secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.
5.
PERANAN
GURU MENURUT PANDANGAN ISLAM
Guru adalah agen pendidikan yang
berkesan ( Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991 dlm Ahmad Mohd Salleh, 1997).
Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar
bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan / diajar tidak akan
difahami oleh murid dan tidak mencapai matlamat pengajaran. Oleh itu, guru islam
terbahagi kepada lima kategori berikut :
1.
Guru
sebagai Mudarris
Mudarris
bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru
ini boleh jadi orang islam dan bukan islam. Kalau dia orang islam, boleh jadi
yang taat atau tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi baik atau tidak baik.
Guru yang mengajar ilmu sihir juga adalah mudarris, demikian juga yang mengajar
ilmu ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris.
Bagaimanapun dalam konteks perbincangan kita ialah guru adalah mudarris yang
menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru.
2.
Guru
sebagai Mu’allim
Mu’allim
adalah kata nama yang muncul dari kata terbitan / masdar ta’lim ( pengajaran
yang benar ). Mu’allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Dalam surah
Al-Baqarah ayat 31 ada menerangkan penggunaan kalimat ini yag membawa makna
mengajar perkara yang benar.
Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (
2002 ),al-Ta’lim bermaksud mengajar, iaitu menjadikan seseorang individu
memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut berlaku secara
berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan
ta’lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada
taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat
yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu,bermusuhan dan sukakan
kebendaan dan pada masa yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri
seperti berakal, beriman, bijaksana dan sebagainya ( Saedah Siraj, 2001 )
Di dalam sistem pendidikan sedia
ada, para guru perlu memperkemaskan lagi peranan mereka dalam memberi ilmu
kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan panduan oleh murid dan juga
perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur haiwan yang secara semulajadi ada
dalam diri manusia ( termasuk murid ) dan juga meningkatkan akhlak mereka. Mengenai
perkara ini, Saedah Siraj ( 2001 ) mengatakan bahawa seorang individu yang tahu
menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiannya akan dapat mengawal
unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya, maka ia akan menjadi manusia
sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, tambah beliau, jika
seorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yang ada di dalam dirinya, maka
perbuatan, kelakuan, pemikiran serta rohnya adalah sama tarafnya dengan haiwan.
Oleh itu, dalam pembangunan bangsa
yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini, guru selain berperanan membentuk
akhlak murid, mereka juga berperanan sebagai mu’allim perlu memberi tumpuan
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan ( Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991 ). Dalam hal
ini, guru perlu menguasai ilmu sebagaimana berikut :
a. Ilmu bidang
: Ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidag berkenaan dan itulah ilmu
yang kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru agama, maka ilmu
agama adalah bidang kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang
agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Sekiranya guru tidak menguasai
bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan
berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh murid
kepadanya.
b. Ilmu Fardhu Ain
: Bukan bermaksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini adalah
Asas Fardhu Ain. Ini bermaksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang islam,
termasuk mengetahui halal haram dan sebagainya. Sebagai seorang peniaga harus
megetahui apa yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh islam. Guru
juga demikian, adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu
dilakukan. Jika tidak seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua
memerlukan ilmu agama khasnya yang berkaitan dengan amanah dan tanggungjawab.
c. Ilmu alat
: Bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini
juga berdasarkan kepada bidang masing-masing. Guru memerlukan ilmu yang
berkaitan dengan pengajaran iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi,
prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan
lain-lain.
Selaku
mu’allim dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya mempunyai
niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang
berkesan, memberi rangsangan motivasi kepada pelajar dan memahami kaedah
pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Imam Al-Ghazali
menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan para
muridnya daripada siksaan api neraka. Mengajar bukan untuk mendapatkan upah
atau pun apa-apa ganjaran di dunia. Sebaliknya bertujuan mendekatkan diri
kepada Allah, tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya
meyakininya dengan penuh bermakna, memberi perhatian kepada murid yang lemah
selain mengamalkan ilmu mereka yang disampaikan kepada guru.
3.
Guru
sebagai Murabbi
Murabbi
berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah ( pendidikan ). Hasan Langgulung ( 1995 ) merujuk perkataan tarbiyyah dalam
Al-Quran Surah Isra’ ayat 24 yang bermaksud :
Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : “Wahai tuhanku,
kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu
kecil”.
Tengku Ghani Tengku Jusoh ( 2002 )
mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik,
mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan. Peranan guru sebagai murabbi juga
melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa
kasih sayag dan saling percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru
murabbi menurut Al-Ghazali adalah :
a. Menyayangi
murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.
b. Sentiasa
menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka.
c. Menjaga
disiplin murid menggunakan “Pendekatan Mencegah dan Menegur secara Baik”
terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih
sayang.
Bagi
Ahmad Mohd Salleh ( 1997 ) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah:
a. Mengutamakan
keselamatan dan kebajikan murid
b. Bersikap
adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan akademik
dan ekonomi.
c. Merahsiakan
maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak.
d. Bersedia
membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
sebagai contoh yang baik kepada murid.
4.
Guru
sebagai Muaddib
Salah
satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua’ddib ( Syed Muhammad
Naquib al-Attas, 1986 : Zawawi Hj. Ahmad, 1992 ). Berhubung perkara ini,
Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda
sebaik-baik pendidik. Syed Muhammad Naquib al-Attas ( 1986 ) lebih menekankan
peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu’allim. Beliau menggunakan
perkataan ta’dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau, pendidikan
islam adalah lebih tepat dan berorientasikan kepada istilah ta’dib. Ini kerana
peranan guru yang paling menonjol menurut beliau, adalah sebagai muaddib.
Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru, mengatakan
bahawa ta’dib adalah:
“Proses mendisiplinkan kedua-dua
aspek spiritual dan fizikal manusia, yang turut melibatkan perkataan,
perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang dan proses ini melibatkan penguasaan
ilmu pendidikan dan perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia.
Proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi ( riadah )”.
Abdullah Nasih Ulwan( 2002 )
mengatakan guru-guru dalam kategori ta’dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka
sebenarnya menjadi ikutan dan teladan murid. Oleh itu, menurut Abdul Raof Dalip
( 1985, 1993 ), guru-guru tersebut perlu:
a. Menanam
dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada Allah.
b. Menanam
kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid.
c. Mendedahkan
dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan.
d. Menaikkan
semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktiskan ajaran agama
sehingga menjadi kebiasaan mereka.
Guru wajib memiliki sejumlah
sifat-sifat terpuji. Sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam proses
mendidik bukan kerana inginkan balasan kebendaan ( wang, pangkat ) dan
penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keredaan
Allah.
Bagaimanapun, Husain Mazhariri ( 1983 ) dan Ibrahim Amini ( 2001 )
mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan ( ganjaran-upah-gaji )dalam proses mendidik
murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka.
Apa yang perlu difahami disini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan
seharusya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan ( berapa
ganjaran yang diterima )kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari
aspek spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar
apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan
kebendaan.
5.
Guru
sebagai Mursyid
Mursyid
dari perkataan ( Arsyada ). Mursyid adalah kata pelaku ( Isim Fa’el ) ini
sinonim perkataan ( ahda ) yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu,
perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk. Ini juga menunjukkan
peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang
menunjukkan hidayah ( petunjuk ) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan
profesion keguruan itu sendiri.
Abdul Halim Muhammad ( 2003 )
mengaitkan antara ciri-ciri mursyid dengan peribahasa “melentur buluh biarlah
dari rebung” dan hadith Rasulullah saw yang menyarankan supaya mendidik anak
seawal usia tujuh tahun. Asih Ulwan ( 1989 ) memetik ayat Al-Quran yang ada
kaitan dengan sifat-sifat mursyid guru antaranya yang bermaksud : Dan ( dia
berkata ) : “ Hai kaum ku aku tiada meminta
harta benda kepada kamu ( sebagai upah )bagi seruan ku. Upah ku hanyalah dari
Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan tuhannya, akan tetapi aku memandangmu
suatu kaum yang tidak mengetahui. (
Surah Hud : 29 )
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas,
ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru
yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.
Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid, murabbi, mu’allim dan mu’addib.
Husain Mazhahiri ( 1993, 1994 ) dan Ibrahim Amani (
2001 ) mengatakan bahawa pendidik yang telah membimbing murid berjaya
menghidupkan roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat
membentuk golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.
6.
ETIKA
KEGURUAN
Maksud Etika :
Menurut kamus Dewan ( 1995 )
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut
Kamus Oxford ( 1994 ) pula ia bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral.
Dari perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan
Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketaqwaan kepada Allah.
Etika boleh dianggap sebagai satu
disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan
akauntabiliti / tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti
setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada
arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Kepentingan Etika
Keguruan:
Guru perlu memiliki etikanya sendiri
demi memartabatkan profesion keguruan. Kod etika dianggap penting kerana :
1. Kod
etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
keguruan, sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod
Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang penddikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3. Kandungan
yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika yang diamalka sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
4. Kod
Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi
kod Etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi, membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara.
6. Etika
kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengalaman
etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara
ahli dalam organisasi ( INTAN,1991 )
Etika Keguruan Islam:
Bermaksud
satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta ( Allah ),
terhadap diri, ilmu, profesion,masyarakat dan negara, murid, rakan sejawat dan
ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara lain.
Tergolong dalam kelompok guru
pendidikan islam ( Guru Agama-Ustaz ) yang mempunyai sahsiah yang baik juga
ialah guru pendidikan islam yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod
etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang
menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya guru pendidikan islam yang
baik personaliti mereka.
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas
Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, telah merumuskan Etika Keguruan
Islam sebagaimana berikut :
a.
Tanggungjawab
Terhadap Allah
Etika
guru Muslim terhadap Allah ialah seperti berikut :
i.
Seorang guru
muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah di
samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan dengannya.
ii.
Sifat istiqamah,
iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
iii.
Guru muslim
mesti menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
iv.
Guru Muslim
hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama islam dan berusaha
ke arah mendaulatkan syariat islam.
v.
Guru muslim
mesti melaksanakan kewajipan agama, menghindari larangannya dan menyempurnakan
segala hak dan tanggungjawab berkaitan dengannya.
vi.
Guru muslim
hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadanya dengan
membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratnya.
b.
Tanggungjawab
Terhadap Diri
i.
Guru muslim
hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada aspek fizikal,emosi,
mental mahupun moral.
ii.
Prihatin
terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
iii.
Memahami
kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari
segenap aspek.
iv.
Meningkatkan
kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada
Allah, masyarakat dan negara.
v.
Melibatkan diri
dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai
seorang guru.
c.
Tanggungjawab
Terhadap Ilmu
i.
Memastikan ilmu
dikuasai secara mantap dan mendalam.
ii.
Beriltizam
dengan amanah ilmiah.
iii.
Prihatin untuk
mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
iv.
Sentiasa
mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
v.
Dari semasa ke
semasa guru muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spiritualiti islam
dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
vi.
Sentiasa
memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat
manusia sejagat.
d.
Tanggungjawab
Terhadap Profesion
i.
Seorang guru
tidaklah harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya yang
menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
ii.
Guru juga tidak
boleh bertingkah laku yang boleh menjatuhkan maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan.
iii.
Seseorang guru
juga hendaklah menjalankan tugasnya dengan jujur.
iv.
Tanggungjawab
utama seorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya
haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,
persatuan atau persendirian.
v.
Guru juga harus
menumpukan perhatian dan pengajaran utuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama
atau kepercayaan.
vi.
Guru juga harus
bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para
pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
vii.
Dia haruslah
menumpukan perhatian terhadap keperluan terhadap setiap pelajarnya.
viii.
Guru harus
mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira
bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan, politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
ix.
Guru harus
mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan
rohani.
x.
Dia harus
menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat
sulit mengenai diri pelajar tidak diberitahu kepada orang lain atau agensi lain
yang tidak berkenaan.
xi.
Guru tidak boleh
mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam
atau negara.
xii.
Guru harus
menanam sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang
menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
xiii.
Guru tidak boleh
menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para
pelajarnya dan ibu bapanya.
xiv.
Guru harus
bertingkah laku yang menjadi contoh yang baik terhadap pelajarnya.
xv.
Guru tidak harus
menerima sebarang bayaran daripada pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran
tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.
xvi.
Guru tidak harus
mengiklankan diriya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
xvii.
Guru tidak boleh
memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
xviii.
Guru tidak boleh
meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
xix.
Guru tidak boleh
menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
xx.
Guru harus
menggunakan cara-cara yang sah sahaja untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan
pangkat ( iaitu berdasarkan kecekapan ).
xxi.
Guru tidak harus
mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan
sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
e.
Tanggungjawab
Terhadap Pelajar / Murid
i.
Guru muslim
hendaklah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dan hal-hal lain.
ii.
Bersikap adil
terhadap setiap seorang muridnya tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
iii.
Menampilkan
suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh
yang baik kepada pelajar.
iv.
Membimbing atau
mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata pelajaran yang
diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
v.
Memelihara dan
memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan meghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu
yang setinggi-tingginya.
f.
Tanggungjawab
Terhadap Rakan Sejawat
i.
Guru muslim
hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa,
atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
ii.
Tidak melibatkan
diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
iii.
Berusaha dengan
sepeuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta
mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
iv.
Sentiasa
bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
v.
Sentiasa
mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
g.
Tanggungjawab
Terhadap Masyarakat dan Negara
i.
Mengelakkan diri
daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara atau pun yang boleh bertentangan dengan Rukun Negara.
ii.
Memupuk dalam
diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu membimbing mereka untuk
menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati
orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.
iii.
Menghormati
masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
iv.
Menggalakkan
kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.
v.
Memberi
sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan moraliti, kebudayaan dan
kecendikiawan masyarakat.
vi.
Berpegang kepada
tingkah laku yang sopan yang boleh diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.
h.
Tanggungjawab
Terhadap Ibu Bapa
i.
Meghormati tanggungjawab
utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
ii.
Berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
iii.
Menganggap semua
maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumahtangga atau anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan dibocorka kepada sesiapa kecuali mereka yang
berhak mengetahuinya.
iv.
Memberikan
maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
v.
Mengelakkan diri
daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
vi.
Mengelakkan diri
daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
pelajar )
7.
ETIKA
KERJA
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mewujudkan ETIKA KERJA yang diamalkan oleh setiap
pendidik. Etika kerja ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan
setiap pendidik yang berlandaskan kepada nilai-nilai akhlak mulia profesion perguruan.
Berikut adalah beberapa perkara berkaitan etika ini:
1.
Objektif
Etika Kerja
a. Menanamkan
sikap yang positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
b. Meningkatkan
disiplin diri bagi meghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan
organisasi.
c. Memberi
sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
2.
Prinsip
Etika Kerja
i.
Niat
yang betul
Melaksanakan pekerjaan
dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama islam yang selari
degan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), misi, matlamat dan
objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidik perlu ikhlas dalam
menjalankan tugas dan tanggugjawab terhadap agama dan negara, memberi sumbangan
yang maksimum dan bermutu disamping memperbaharui niat untuk melakukan kebaikan
setiap masa.
ii.
Perlakuan
yang baik
Pendidik perlu
melakukan tugas dengan sempurna yang merupakan tanggungjawab ke arah mencapai
hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Pendidik perlu
menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik,
menghasilkan kerja yang berkualiti secara berterusan di samping memberikan
kepuasan kepada pelanggan, menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha
organisasi.
iii.
Penggerak
ke arah kebaikan
Bagi setiap pendidik
yang bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi
penggerak kea rah kebaikan. Mereka perlu menampilkan diri sebagai seorang
dinamik, maju,berdaya saing dan mendorong seseorang melakukan kebaikan. Begitu
juga harus berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri
kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada
rakan sejawat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pekerja yang terbaik.
iv.
Memperkata
apa yang dikatakan
Para pendidik hendaklah
sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan, dengan menunjukkan ketekalan
dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau
orang lain. Setiap perbuatan yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang
diucapkan dengan menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
v.
Berdisiplin
dan beradab
Aktiviti yang berperaturan, mulia,
berdisiplin dan beradab adalah penting kea rah melahirkan warga Kementerian
yang cemerlang. Pendidik perlu menjaga adab sopan seperti ajaran islam,
mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan yang berpandukan prosedur dan kaedah
yang sesuai dan betul.
3.
Nilai
Utama Dalam Etika Kerja
Walaipun
terdapat banyak nilai murni dalam islam, tetapi tujuh nilai utama sahaja yang
menjadi fokus Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu
adalah seperti berikut:
a.
Amanah
Sifat ini merupakan
sifat yang penting dalam islam. Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
tanpa menyalahguna kuasa dan kedudukan. Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa
menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan
dan kecuaian. Di samping itu perlu bersikap jujur dan setia kepada organisasi
tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan.
Mereka juga menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan
menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa kerja
untuk urusan peribadi. Sentiasa berdisiplin semasa bertugas dan mengawal diri
serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain
terhadap diri sendiri. Pegawai juga bertanggungjawab melaporkan penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa kepada ketua jabatan.
b.
Benar
Pegawai kerajaan perlu
mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa niat
yang tersembunyi atau mengharapkan balasan. Bercakap benar dan menepati janji
dengan tidak bercakap bohong dan mungkir janji. Semasa menjalankan tugas
pegawai perlu memberi atau menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak
mengelirukan. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan
bersama.
c.
Bijaksana
Dalam menjalankan
tugas, sesorang pegawai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam memberi
keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan. Keseluruhan
potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan
cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Kerja yang dijalankan itu, hendaklah
kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
Disamping itu, pegawai perlu mempunyai fikiran yang
rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah
tanpa mengikut perasaan dan emosi. Sifat bijaksana ini dapat mempertingkatkan
ilmu pengetahuan, kepakaran dan profesionalisme perguruan.
d.
Bersyukur
Perasaan dan perlakuan
yang menghargai anugerah dan nikmat yang diterima dalam masa menjalankan tugas.
Menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai
hak,begitu juga bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa
sebarang prasangka, dendam dan menabur fitnah.
Pegawai perlu dalam keadaan tenang sekiranya dalam
menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak
berputus asa. Perkara yang penting adalah berpuas hati dengan nikmat yang
diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan.
e.
Dedikasi
Bekerja dengan penuh
minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam
menghasilkan kerja yang berkualiti. Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta
bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari sebarang helah.
Sanggup bekerja dengan berkorban masa dan tenaga demi
kepentingan perkhidmatan, begitu juga bekerja dengan penuh yakin dan tekun
serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas, pegawai bekerja dengan
menghasilkan kerja yang berkualiti. Pegawai juga perlu bertanggungjawab dengan
penuh sabar, teliti dan ceria, tidak cuai dan merungut sebarang kerja yang
diberikan kepadanya. Seorang pegawai perlu bersikap cergas dan pantas bekerja
dan hasilnya menepati kehendak organisasi sendiri.
f.
Ikhlas
Berhati suci dalam
menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa
mengharapkan ganjaran, menerima tugas dan tanggungjawab dengan rela dan hati
yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada menerima sebarang
taggungjawab.
Pegawai menjalankan tugas semata-mata utuk mencapai
matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian
orang lain. Dalam menjalankan tugas, seorang pegawai perlu memberi layanan yang
baik tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan bersikap tidak pilih
kasih, begitu juga bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan
fikiran yang terbuka. Setiap pegawai bekerja dalam semangat saling
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
g.
Penyayang
Pegawai mempunyai
perasaan dan perlakuan yang meunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil
berat dalam menjalankan tugas. Bersikap pemaaf dan penyayang, tidak berdendam,
sombong dan suka meninggi diri. Pegawai perlu menganggap setiap orang mempunyai
harga yang perlu dihormati, tanpa sebarang prasangka buruk dengan bersifat
bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugasnya.
Bekerja
dengan menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan
dan bersifat simpati, empati dalam menjalankan tugas seharian.
8.
CIRI-CIRI
GURU CEMERLANG
Ciri
dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat tanda yang khusus pada sesuatu atau membezakannya
daripada yang lain. Untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri
guru yang cemerlang ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai
aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan.
Para
pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan
aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kedudukan
guru sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi
cabaran-cabaran masa kini dan akan datang. Di tangan guru sendiri martabat
profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan dan
melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara,
rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan. Oleh itu, antara
ciri-ciri yang perlu ada pada guru cemerlang bagi menghasilkan pendidikan
bertaraf dunia, guru perlulah :
1.
Mengamalkan
kemahiran profesional
Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan
untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran
profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan
berakhlak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia
ke arah pendidikan yang bertaraf dunia ( Dr. Ragbir Kaur, 2007 ). Antara
kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk
melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal
intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa ( Mohamad
bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia ).
Guru harus sedar tentang tugas dan
amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan
negara.Kemhiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini.
Berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru
perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan
oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan
prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu
anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
2.
Bersifat
professional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
Craft
( 2002 ) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang professional, seorang
guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang
professional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau
dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mok
Soon Sang ( 2007 ), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan
menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang
perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing
murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru juga perlu
mengaplikasikan teknologi maklumat (
ICT ) di dalam bilik darjah melalui program SLE ( smart Learning Environment )
yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya
aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing dan
graphing ( Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007 )
3.
Bertindak
sebagai penyebar ilmu
Menurut
Ragbir Kaur ( 2007 ), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.
Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas,
ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan
seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai
sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus
mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para
pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era
transformasi pendidikan guru hendaklah meghasilkan pelajar yang mampu berfikir
secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua
aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ) bagi mencapai
pendidikan bertaraf antarabangsa.
4.
Bertindak
sebagai pengamal budaya ilmu
Menurut
Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan
sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa
manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan
dalaman jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan
bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru ( Ragbir Kour ( 2007 ). Dalam
p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta
memberi petunjuk kea rah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai
seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam
diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di
kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang
mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam
amalan pendidikan seumur hidup.
5.
Bertindak
sebagai pembentukan nilai / Role model
Nilai
merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir
Kour ( 2007 ) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia
dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan
ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai
sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa
kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadicontoh
teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah
Meng ( 2003 ) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa
ciri peribadi yang positif memalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
6.
Mengamalkan
pengajaran efektif
Menurut
Mak soon Sang ( 2007 ) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran.
a.
Perancangan
pengajaran
Clarke and Cutler (
1990 ) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan
dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran
yang diperlukan dalam perancangan. Guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai
objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru
harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia
merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam
penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan
cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara
optimum.
b.
Pelaksanaan
pengajaran
Mok
Soon Sang ( 2002 ), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan
proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis
objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti
melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan
pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk
mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam racangan mengajar.
c.
Penilaian
pengajaran
Ingham ( dalam Saedah
Siraj, 2000 ) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu
kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu
belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.
7.
Kemahiran
dalam penggunaan ICT
Bidang
perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman.
Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut
banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik
sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan
sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk
kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020.
Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi
maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan
elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian
sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh
guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
8.
Berpengetahuan,
Berdaya Fikir dan Berakhlak
Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti,
ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak
didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu meyediakan diri dengan amalan
nilai murni dan akhlak yag terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan pelajar menjadi warga yang
berguna kepada bangsa dan negara.
9.
Berupaya
Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan Kreatif
Para
pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi
juga terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.
10. Menyedari
tanggungjawab.
Menyedari
betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan dan
wawasan. Para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap:
a. Pelajar
: Seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil,
memupuk nilai murni.
b. Ibu
bapa : Mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk
kepentingan anak-anak mereka.
c. Masyarakat
dan negara : Mengelak dan menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat
setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
d. Rakan
sejawat dan profesion : Mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
11. Menjadi Guru
Berkualiti
Bagi
mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai ciri-ciri guru
yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika
mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti guru dapat diperkemaskan dari
masa ke semasa dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan.
Penubuhan Institut Aminudin Baki ( IAB ) adalah untuk meneruskan pelbagai
latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan para guru yang lebih efisien.
12. Menjadi guru
yang berkesan
Bagaimana
dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?.
Ia merangkumi sebagaimana yang berikut :
1. Bersikap
professional
2. Mempamirkan
ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya
ilmu pengetahuan
4. Bertindak
di atas landasan etika dan tatasusila kerja
5. Berakhlak
terpuji dan mempunyai moral yang teguh.
6. Sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin
dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan
menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
9. Melengkapkan
diri dngan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
10. Menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa.
11. Mempastikan
situasi ‘guru mengajar murid belajar’wujud di dalam kelas.
12. Berupaya
melahirkan ‘persekolahan bewatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya
membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
14. Berupaya
membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi
tertentu )
15. Taat
dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan
kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional
dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Para
sarjana pendidikan islam telah mengemukakan berbagai-bagai sifat yang perlu
dimiliki oleh guru Pendidikan Islam khususnya dan kepada guru-guru amnya.
Sifat-sifat tersebut adalah saling melengkapi. Ini menunjukkan guru juga perlu
memiliki sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang mulia di sisi
agama islam. Ciri-ciri guru yang baik dalam konteks profesionalnya sebagai
seorang guru muslim adalah tidak terlepas daripada ibadat. Di antara sarjana
Pendidikan Islam terkemuka ialah As-Syaibani Omar Muhamad al-Tourmy ( 1979 ). Beliau telah menggariskan
sifat dan ciri seorang guru muslim seperti berikut :
a. Sifat
Rohaniah
b. Sifat-sifat
Akhlak
c. Sifat
mental, kejiwaan dan Jasmani
9.
TUGAS-TUGAS
GURU CEMERLANG
1. Menghasilkan
inovasi, projek, kajian tindakan dan penulisan
2. Melaksanakan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
3. Menjadi
pakar rujuk subjek dan pentadbir sekolah
4. Membantu
guru dan jabatan
-
Membantu
guru-guru yang bermasalah dalam P&P bagi bidang yang berkaitan
-
Membantu sekolah
dan unit lain dalam pendidikan
5. Penggerak
pendidikan negara
-
Berasaskan
Falsafah Pendidikan Negara
10. PERANAN PELAJAR
Pelajar
merupakan modal insan yang akan dibentuk oleh guru. Kecemerlangan pelajar
menjadi ukuran keberkesanan pengajaran dan pendidikan para guru serta dilihat
oleh berbagai pihak. Kecekapan dan martabat profesion ini dilihat baik jika
ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan sebalikya.
Analisa Peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ),
Penilaian Menengah Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) dibuat setiap kali keputusan diumumkan
dan analisa serta komen berbagai pihak akan dapat dilihat.
Pandangan umum juga melihat tahap
disiplin pelajar di semua peringkat pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan
profesion perguruan. Sejak akhir-akhir ini, masalah pelanggaran disiplin hebat diperbincangkan.
Kes-kes jenayah pelajar seperti peras ugut, pembunuhan, rogol, pelacuran,
ponteng, vandalisme dan banyak lagi salah laku pelajar semakin kerap
diperbincangkan.
Oleh itu, peranan para pelajar
sendiri merupakan faktor pentig dalam meningkatkan profesion ini. Pelajar mesti
menyambut baik program dan dasar yang telah ditetapkan demi untuk kesejahteraan
mereka. Pelajar yang bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu
model telah dirangka bagi menunjukkan kepentingan hubungan antara pencapaian
akademik dengan motivasi. Motivasi dan matlamat ini mendorong pelajar yang
cemerlang disiplin dan cemerlang akademik.
11. PERANAN IBU BAPA
DAN ANGGOTA MASYARAKAT
Peranan
ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh mengangkatkan martabat
guru. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius
terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih
kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan
masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada
sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang
dijalankan oleh guru dan sekolah. Penglibatan anggota masyarakat dalam proses
pndidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi seperti Persatuan
Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ). Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampug ( JKKK
) , Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), Jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta
pihak Polis harus berdamping dengan sekolah-sekolah di kawasan masing-masing.
Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan
persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep
‘School-Home-Community Partnership’ perlu diterapkan dengan mengadakan
program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah,
ibu bapa dan masyarakat setempat.
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah.
Permuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam
usaha meningkatkan guru. mutu pengajaran
guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap
fugsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan
suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kestabilan
sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.
12. PERANAN
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN ( NGO )
Penglibatan
badan bukan kerajaan ( NGO ) dan pertubuhan-pertubuhan belia seperti Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan lain-lain juga penyumbang
kepada peningkatan martabat profesion perguruan melalui aktiviti-aktiviti
penerangan kepada ahli. Sebahagian besar ahli NGO terdiri dari kalangan
guru-guru muda dan pelajar yang masih aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti
kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi dan gotong-royong adalah antara
aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut.
Selain itu, antara pihak yang menyumbang
kepada memartabatkan profesion perguruan ialah seperti badan swasta dan
kesatuan-kesatuan guru. Pihak swasta juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti
membantu kegiatan sekolah dan guru-guru di dalam proses pembinaan ilmu ini.
Pihak swasta boleh mengambil sekolah-sekolah berdekatan sebagai sekolah angkat
mereka dan menyediakan peruntukan untuk membantu program-program kecemerlangan
di sekolah-sekolah angkat tersebut. Dengan cara ini profesion perguruan akan
lebih kukuh dan meyakinkan. Kesatuan-kesatuan guru juga memainkan peranan dalam
memperjuangkan kebajikan guru demi meningkatkan martabat guru
13. KESIMPULAN :
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan
yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia khasnya golongan pendidik. Wawasan 2020
ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 hb Febuari 1991. Wawasan
2020 meletakkan matlamat untuk menjadikanMalaysia sebagai negara yang maju
dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi
dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah
negara maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai
jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau
rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan
bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan
pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan
Cabaran utama. Perkara ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik,
penyayang, progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020
ini juga bermatlamatkan perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju
di masa hadapan. Sebagai kesimpulannya, peningkatan martabat profesion perguruan
sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan
mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia,
institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses
pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini, inshaallah akan dapat
menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan setakat Wawasan 2020 bahkan
melangkaui masa-masa selepasnya.
Oleh
itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di
tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang
dibentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal
budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka
dengan segala perkembangan pendidikan dan mengamalkan kemahiran professional
mampu menyediakan generasi muda utuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang
berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan
sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian
dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin
Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan
corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
Bibliografi
Abdul Halim Muhammad ( 2003 ). Keberkesanan Pendidikan Islam di peringkat rendah
dan pembentukan peribadi Muslim. Dlm. Suzalie Muhammad ( ed ). Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM )
Abdullah Nasih Ulwan ( 2002 ). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Terjemahan.
Ahmad Semait Syed. Pustaka Nasional Singapura
Alis Puteh, Pedagogi: Strategi Pengajaran Kontemporari yang berkesan. Jitra :
Percetakan Ustaras Sdn. Bhd, 2012
Baharom Mohamad, Bagaimana Memotivasi Pelajar: Teori, konsep dan Kepentingan.
Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2009.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh ( 2007 ). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Mengurus Sumber di Sekolah. Subang
Jaya: Straits Digital Sdn Bhd,2008.
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 101 Senarai Penting bagi Pembantu Guru.
Kepong: Cetakrapi Sdn Bhd, 2006
Kamus Dewan, Edisi keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.
Mohd Salleh Lebar, Perancangan Pendidikan. Kuala Lumpur: S Anom Printing
Corporation Sdn Bhd, 2002.
Mak Soon Sang ( 2007 ).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3: Profesional
Keguruan ) Sekolah Rendah.
Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, Legasi Kepimpinan Pengetua Cemerlang
Malaysia. Batu Caves: Percetakan Selaseh Sdn Bhd, 2011
Mohd Azam Mahat, Guru: Pendidik, pengajar atau pendakwah. Puchong: Maxima
Colour Separation Sdn Bhd, 2009.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, Shaffie Mohd Daud, Karektor guru. Klang:
Yeohprinco. Sdn Bhd, 2010
Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak ( 26-28 Disember 2006 ). Peningkatan
Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh
Saedah Siraj ( 2001 ). Perkembangan Kurikulum : Teori dan amalan, Selangor. Alam
Pintar
Sidek Baba.( 2010, bil 26) Aku Dipanggil Cikgu. Solusi. Telaga biru sdn bhd
Tengku Ghani Tengku Jusoh ( 2002 ). Kalimah al-ta’lim dan al-tarbiyyah menurut al-
quran. Kertas Kerja Seminar Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment