Tajuk: I Moved Your Cheese
Penulis:Deepak Malhotra
Tahun terbitan : Cetakan Pertama, 2013
Jumlah Halaman : 80 Halaman bercetak
Berat : 0.09 kg
Kategori : Bantu Diri, Bisnes dan Pengurusan, Bukan Fiksyen
Penerbit: PTS Professional Sdn.Bhd.
Pengenalan
I Moved Your Cheese mengambil sudut pandang yang berbeza dan menawarkan pendekatan alternatif dalam menghuraikan persoalan berkaitan perubahan.
Profesor Harvard Business School dan penulis bestseller, Deepak Malhotra, memberitahu kisah inspirasi tentang tikus generasi baru yang mula mencabar andaian dan bertanya soalan-soalan penting. Tiga watak dalam buku ini, iaitu Max, Zed, dan Big, tidak hanya menerima keadaan mereka dan taat mengejar keju. Mereka mula mencari lebih mendalam, memeriksa, dan menilai semula apa kekangan yang dikatakan ada pada diri mereka.
Dalam aspek yang dibincangkan penulis lebih memfokuskan kepada perubahan yang berlaku tanpa menerima perubahan itu secara membuta tuli.Ini kerana manusia mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melakukan perubahan mengikut kemahuan diri sendiri.
Buku ini ditulis bagi membantu pembaca menilai kembali andaian yang dibuat tentang kekangan yang mereka hadapi dan menggalakkan pembaca supaya menagmbil langkah sesuai bagi mengubah bukan sahaja tingkah laku, tetapi juga persekitaran kita. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan, tetapi masih belum cukup merasai kepuasan diri dan bagi mereka yang tidak suka melakukan kerja yang tidak diminati.
Tujuan penulisan
Buku ini ditujukan kepada individu, kunpulan, organisasi, pendidik, pengurus dan eksekutif. Dari sudut pandangan individu ia dapat digambarkan melalui sifat-sifat utama yang dimiliki oleh Maz, Zed dan Big. Sifat mana yang dapat menarik dan berguna untuk diri kita sekiranya kita mempraktikkan.
Bagi kumpulan dan organisasi pula, adakah jenis daerah Maze itu wujud dalam kumpulan atau organisasi kita ? mesti banyak halangan dan cabaran yang kita hadapi jika berada didalam kawasan daerah Maze, dalam situasi ini akan lebih banyak pengetahuan yang kita perolehi jika mereka dalam kumpulan atau organisasi jika mereka ingin membebaskan diri dari kawasan tersebut.
Untuk pendidik pula, adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang strategi dan teori, supaya mereka dapat membuat analisis secara lebih mendalam , mendapat inspirasi menyeluruh , dan cara berfikir yang membolehkan mereka terus belajar serta memperbaiki diri mereka apabila mereka meninggalkan kelas.
Majoriti Pengurus dan eksekutif adalah orang yang bijak dan komited serta mempunyai niat yang bagus untuk melakukan perubahan. Namun, mereka terpaksa menghadapi dengan permasalahan para pekerja yang tidak inginkan perubahan ini. Ini disebabkan oleh kapasiti intelektual, usaha, dan niat mereka tidak cukup bagi menangani masalah ini ditempat kerja mereka. Buku ini bertujuan untuk membantu pembaca bagi mewujudkan kesedaran terhadap perubahan dalam organisasi.
Perbincangan
Mengisahkan tikus yang hidup di daerah Maze. Tikus di daerah Maze berasa tidak selesa kepada perubahan dan menganggap perubahan itu menyusahkan. Ia bermula apabila keju dialihkan dari satu tempat ke tempat lain, tikus-tikus berasa kecewa kerana perubahan yang berlaku dan mereka mengharapkan keju yang asal dan mengharap keju akan muncul semula. Lama kelamaan tikus-tikus mula mengorak langkah mencari tempat simpanan keju yang baru. Ada segelintir tikus yang tidak dapat berubah dalam masa yang singkat teapi mereka berusaha untuk melakukan perubahan. Kehidupan mereka menjadi lebih mudah. Hidup mereka dapat disimpulkan dengan persamaan yang mudah seperti : kamu mahu keju? + keju tidak ada disini = cari keju tempat lain.
Di dalam cerita i moved your cheese terdapat tiga karektar yang berbeza iaitu :
Max: sikap suka bertanya, Max akan mencari jawapan kepada setiap persoalan. dia bertekad mencari tahu siapa yang memindahkan keju tersebut. Sikap ingin tahu Max menyebabkan dia ingin melakukan sesuatu yang berlainan daripada sedia ada dan melakukan perubahan.
Zed : Merupakan tikus yang bijaksana, popular, tidak meninggi diri dengan ilmu yang dimilikinya. Dia berkepribadian menikmati hidup maka tidak heran bila dia tidak terlalu mementingkan perkara yang remeh untuk difikir.
Big: tikus yang gagah perkasa dan suka mencabar logik pemikiran kita, mempunyai personaliti yang menarik iaitu tidak suka hanya memikirkan cara yang remeh temeh iaitu perkara biasa atau rutin harian. Membuat perkara yang membahagiakan dirinya, tidak kisah dan tidak peduli jika ad yang tidak suka dengan caranya.
Ketiga-tiga karektar dalam buku ini mempunyai personaliti yang berbeza tetapi hasil dan kesan adalah sama iaitu inginkan perubahan. Mereka melakukan perubahan dengan cara mereka tersendiri. Dalam Daerah maze yang mereka tinggal dan bagaimana mereka mula mempersoalkan tentang kewujudan mereka disitu. Apa yang menghalang kita untuk melakukan perubahan? apa yang halang kita untuk berfikiran lebih terbuka dan tenang.
Dalam setiap diri individu terdapat perbagai personaliti yang berbeza. Zed mempunyai personaliti yang baik dan tidak sombong, tidak meninggi diri dengan ilmu yang dimilikinya seperti peribahasa Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk jangan seperti lalang ,makin lama makin tinggi. Untuk menjadikan diri kita lebih motivasi dalam kehidupan seharusnya mempunyai pandangan yang jauh kehadapan dan berfikiran lebih terbuka.
Dalam melakukan perubahan akan ada rintangan-rintangan yang akan dihadapi seperti akan ada yang membantah perubahan yang ingin dilakukan, mereka lebih selesa berada ditakuk lama, dan beranggapan perubahan yang inigin dilakukan itu menyusahkan. Ada golongan yang hanya mengikut arahan atau mendiamkan diri. Oleh itu, seseorang perlu menyakinkan individu-individu tertentu untuk menyatakan bahawa perubahan akan membawa kebaikan dari berada ditakuk yang lama tanpa melakukan perkara-perkara yang baru. Kebanyakkan masalah yang dihadapi ialah apabila orng muda memberi pendapat akan ada yang menyangkal. Ini kerana mereka beranggapan mereka lebih berpengalaman dan lebih tua, orang muda hanya ingin menunjuk pandai sahaja.
Max melakukan keputusan yang paling sukar dalam hidupnya dengan mencari jawapan kepada setiap persoalan yang tidak terjawab, Max mahu mencari siapa yang mengambil keju itu?. Melakukan perubahan dalam masa yang singkat, mestilah mempunyai keazaman yang kuat untuk mengharungi halangan-halangan yang berlaku, mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan adalah perkara yang sukar tetapi dengan keazaman semua perkara yang mustahil pasti dapat dilaksanakan. Seperti max , dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk keluar dari daerah Maze , ini kerana Max tidak mudah putus asa selagi tidak mencapai apa yang dia inginkan.
Dalam melakukan perubahan pasti ada yang mengkritik tentang perubahan yang ingin kita lakukan. Tetapi ada juga yang memberi galakan dan dorongan untuk kita melakukan perubahan. Untuk melakukan perubahan pada diri , tidak boleh menunggu kebahagiaan dan ketenangan tetapi mencari kebahagiaan dan ketenangan, seperti Big yang tidak suka memikirkan perkara yang remeh temeh, Big akan melakukan perkara yang membuat dirinya bahagia, Big tidak peduli jika ada yang tidak suka caranya yang penting dia berasa bahagia. Ada segelintir individu memilih untuk menerima keadaan yang seadanya, kerana mereka hanya tahu melakukan satu perkara sahaja. Ini kerana mereka tidak mahu keluar dari kawasan zon kehidupan mereka seumpama hidup dalam penjara tidak perlu membuat keputusan. Bagi yang ingin keluar dari zon kawasan perlu menyesuaikan diri dengan acuan orang lain dan mencabar diri sendiri.
Masalah yang seringkali berlaku dalam pengurusan sesebuah organisasi. Ketua memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukan perkara seperti yang diarahkan dan akan dinilai kembali untuk dianalisis dan membuat keputusan. Arahan ini seringkali berlaku dari pihak atasan dan pihak bawahan hanya mengikut arahan yang diberikan, tetapi arahan yang diberi hanya dapat dilihat dari sudut luaaran sahaja. Dalaman sama seperti dulu tidak berubah. Mereka hanya mengikut peraturan. Untuk melakukan perubahan dalam diri seseorang mereka perlu berubah, memberi motivasi untuk berubah dari dalam diri. Inilah tanggungjawab yang besar yang perlu digalas oleh ketua untuk melakukan dengan pelbagai cara supaya perubahan itu dapat dilakukan dengan baik.
Max menceritakan semua cerita kepada Zed bagaimana dia dapat keluar dari daerah Maze, Zed hanya menjadi pendengar yang setia tanpa memberi ulasan dan komen sebelum Max menghabiskan kisahnya. Dapat dilihat menjadi pendengar yang setia, seperti mendengar masalah yang dihadapi oleh rakan atau orang bawahan merupakan perkara yang sangat penting, ini kerana kita dapat mencari punca sesuatu perkara yang menghalang berlakunya perubahan tersebut.
Setiap individu mempunyai perbezaan pandangan untuk berubah, seperti Max dia mempunyai keazaman yang kuat dan pemikiran yang mendorong untuk melakukan sesuatu, mempunyai pemikiran yang logik dan realistik. Zed pula melakukan sesuatu perkara itu kerana kemampuan diri dan perlu melakukannya. Zed merasakan setiap perkara yang dilakukan adalah dari fikiran sendiri , jika kita mengkehendaki sesuatu perkara, kita akan mengarahkan badan kita untuk melakukan . Badan kan bertindak balas kerana fikiran mampu mendesak mengikut kemahuan. Tidak mengharapkan kekutan fizikal semata-mata tetapi berpunca dari keazaman fikiran. Walaupun cara dan perlaksaan yang dilakukan oleh Max dan Zed adalah berbeza tetapi mempunyai misi yang sama .Max perlukan masa untuk menerima dan memenuhi realiti baru, Max dan Zed mempunyai jalan perubahan yang berbeza tetapi ia sering membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Apabila sedkit perubahan yang dilakukan akan ada banyak jalan-jalan kehidupan yang kita pilih dan penambahbaikan menjadikan lebih bagus. Big keluar dari rutin yang biasa dilakukan, mencari jalan baru untuk dirinya lebih berjaya, mrmikirkan pilihan walaupun tidak terbaik dari dulu, tetapi perubahan yang dilakukan perlu penambahbaikan untuk menjadikan dia bagus, Big mengambil keputusan untuk keluar dari daerah Maze untuk mencari kejayaan diri.
Pengajaran dan aplikasi dalam kehidupan seharian
Gambaran dalam kehidupan ada yang suka kepada perubahan dan ada yang tidak suka kepada perubahan.
Perubahan pasti akan berlaku mengikut masa, keadaan dan tempat , walaupun perubahan itu merasakan tidak menyenangkan tetapi akhirnya kita akan terima juga perubahan berlaku.
Jika kita tidak mahu melakukan perubahan , diri kita akan berada dalam kondisi seperti sediakala, hanya keinginan yang tinggi yang dapat mendorong diri kita melakukan perubahan.
Jangan menjadi seseorang yang mengikut sahaja aturan tanpa mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara atau aturan itu berlaku.
Banyak berfikir akan menjadikan diri kita lebih memahami dan mendalami kebaikan dan keburukan yang mungkin terjadi berbanding mereka yang malas untuk berfikir.
Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung , iaitu orang yang tidak mahu menerima pembaruan ataupun perubahan ataupun ilmu yang baru.
Berani dan percaya diri. Kadangkala saat kita membuat keputusan penting banyak alasan-alasan yang datang mengganggu keputusan diri. Hargai diri sendiri, dengan menghargai diri sendiri, akan lebih mempunyai kepercayaan diri dalam mengambil setiap keputusan.
Berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin kita selalu mendengar perkataan ini, adalah perkataan yang biasa tetapi ia adalah alasan yang terbaik jika kita inginkan membuat perubahan kerana kita tidak pernah mencubanya. Jika kita gagal sekali tidak bermakna kita terus gagal dan dianggap bodoh tetapi kita hanya perlu bekerja lebih gigih untuk mencapai perkara yang ingin kita lakukan.
Kesimpulan
Sebagai rumusannya, tiga ekor tikus yang unik Max, Big, dan Zed yang menolak untuk menerima kenyataan begitu saja. Tiga karektor terpenting dalam pembangunan dan pembelajaran kendiri, waalaupun penumpuan adalah perkara yang terlepas pandang . pengembaraan Max, Zed dan Big adalah memberi ruang untuk mengatur semula aliran pemikiran kita. Mencabar interpretasi yang dibuat oleh orang lain. Kita lebih menghargai pelbagai perspektif, permasalahan dan penyelesaian masalah yang dialami oleh orang lain dalam kehidupan kita. Kita seperti melihat kehidupan mereka yang terpampang jelas dan saling berkaitan. Kita melihat bahawa daripada hanya mengejar keju secara membabi buta, kita semua sebenarnya memiliki kemampuan untuk melarikan diri dari daerah Maze atau bahkan membentuk kembali daerah Maze sesuai dengan keinginan kita.
Bahagian pertama adalah lebih kepaa muhasabah diri. Seperti yang diberitahu oleh Max, Zed dan Big, muhasabah adalah aspek terpenting dalam pembangunan dan pembelajaran kendiri. Malah, ia dapat berguna bagi mendengar orang lain mentafsirkan cerita dan wawasan yang dapat ditimba dari cerita ini. Mereka mungkin menumpukan perhatian kepada apa yang kita terlepas pandang.
Buku ini adalah buku yang sangat bermanfaat dan berguna sebagai panduan untuk melakukan perubahan, ini kerana buku ini mempunyai jalan cerita yang menarik yang dapat menarik minat pembaca untuk membaca, jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami, dari segi bahasa pula menggunakan bahasa yang mudah dan tidak mengelirukan pembaca untuk memahami teks. Merujuk kepada buku ini, buku ini memberi panduan dan insprirasi yang kuat untuk kita berfikir. Walaupun watak dalam buku tidak dibanyakkan tetapi dengan memperketengahkan tiga watak yang mempunyai personaliti yang berbeza membuat kita berfikir , diri kita berada di dalam kelompok yang mana. Adalah diharapkan bagi sesiapa sahaja yang membawa buku ini akan dapat menyedari dan memahami betapa pentingnya dan bagusnya buku ini, kerana buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang inginkan perubahan.
No comments:
Post a Comment